awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Israel menanti masa Amerika sertai serangan ke atas Iran – Laporan

Agensi
Agensi
17/06/2025
23:50 MYT
Israel menanti masa Amerika sertai serangan ke atas Iran – Laporan
Pemimpin kanan Israel kini sedang menunggu sama ada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyertai usaha mereka menyerang Iran. - Gambar Reuters
TEL AVIV : Beberapa hari selepas Israel melancarkan serangan ke atas Iran dan kemudahan nuklearnya, pemimpin kanan Israel kini sedang menunggu sama ada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan menyertai usaha mereka untuk menyempurnakan operasi tersebut.

Ringkasan AI
  • Israel sedang menunggu keputusan Presiden AS Donald Trump sama ada akan menyertai operasi ketenteraan terhadap Iran.
  • Netanyahu tidak mendesak secara langsung, tetapi berharap Trump bertindak secara sukarela menyokong serangan ke atas fasiliti nuklear Fordow.
  • Israel akui hanya serangan udara AS dengan pengebom strategik mampu melumpuhkan kemudahan tersebut secara efektif.

"Kami sedang menunggu keputusan Presiden," kata seorang pegawai kanan Israel kepada CNN.
Menurut laporan itu, pegawai kanan Israel dan Amerika Syarikat kerap berhubung bagi mengemas kini perkembangan operasi ketenteraan Israel di Iran dan kemungkinan pembabitan tentera AS.
Namun begitu, dua pegawai Israel memaklumkan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu tidak secara langsung mendesak Trump untuk meluluskan serangan ke atas Fordow – sebuah fasiliti nuklear Iran yang terletak jauh di bawah gunung.
Sebaliknya, Netanyahu dan pemimpin lain di Tel Aviv berharap Trump sendiri akan membuat keputusan itu secara sukarela, tanpa merasakan dirinya ditekan oleh Israel.
"Keseluruhan operasi ini bersandar kepada andaian bahawa AS akan menyertai pada satu ketika nanti," ujar seorang lagi pegawai Israel.
Meskipun pegawai Israel menyatakan mereka mempunyai pilihan lain untuk memusnahkan atau melumpuhkan kemudahan nuklear Fordow secara sementara, mereka mengakui bahawa tiada kaedah yang setanding dengan serangan udara menggunakan pengebom strategik AS yang dilengkapi bom penembus kubu seberat 30,000 paun. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#tentera Amerika
#Donald Trump
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami