awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel perlu bantuan AS untuk serang Fordow – Sumber ketenteraan

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2025
11:42 MYT
Israel perlu bantuan AS untuk serang Fordow – Sumber ketenteraan
Israel tidak memiliki keupayaan teknikal untuk menyerang Fordow, dan bergantung kepada penglibatan langsung Amerika Syarikat. -Gambar fail/Reuters
TEL AVIV: Kempen ketenteraan rejim zionis terhadap Iran tidak akan mencapai matlamat sepenuhnya melainkan kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow dimusnahkan.

Ringkasan AI
  • Seorang pegawai kanan Israel menyatakan kempen ketenteraan terhadap Iran tidak akan lengkap tanpa memusnahkan kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow.
  • Israel tidak memiliki keupayaan teknikal untuk menyerang Fordow, dan bergantung kepada penglibatan langsung Amerika Syarikat yang memiliki aset ketenteraan sesuai.
  • Fordow merupakan tapak strategik yang sangat terlindung, dan Iran menegaskan program nuklearnya adalah untuk tujuan aman.

Seorang pegawai kanan Israel dalam temu bual bersama rangkaian televisyen Al Arabiya menegaskan bahawa penglibatan langsung Amerika Syarikat (AS) adalah penting untuk menjayakan operasi, memandangkan lokasi Fordow yang terletak jauh di bawah tanah dan dilindungi sistem pertahanan udara canggih.
“Seluruh operasi ini hanya akan lengkap jika Fordow dimusnahkan,” katanya sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk menamatkan konflik sebelum kemudahan itu dihancurkan akan menjadikan keseluruhan kempen tidak bermakna.
Menurut laporan Axios, Israel tidak memiliki keupayaan teknikal seperti bom penembus kubu atau pesawat pengebom strategik yang diperlukan untuk menyerang kemudahan seumpama Fordow, yang dibina di dalam gunung.
Sebaliknya, AS memiliki aset ketenteraan tersebut dalam jarak operasi dari Iran.
Pegawai itu turut menyuarakan kebimbangan bahawa Washington mungkin akan mendesak agar operasi dihentikan lebih awal, sebelum objektif utama tercapai.
Fordow merupakan salah satu tapak pengayaan uranium paling terlindung di Iran dan telah lama menjadi sasaran strategik Israel dalam usaha menghalang Tehran daripada membangunkan senjata nuklear.
Iran bagaimanapun menegaskan bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan aman.
Topic Berkaitan
#pengayaan uranium bawah tanah
#Fordow
#kempen ketenteraan
#program nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan