BAITULMAQDIS: Tentera Israel mengesahkan kematian empat lagi individu yang menjadi tebusan Hamas sejak 7 Oktober tahun lalu.
Katanya, kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Mereka dikenal pasti sebagai warga British-Israel Nadav Popplewell, 51, Chaim Peri, 79, Yoram Metzger, 80 dan Amiram Cooper, 85.
Ketua jurucakap tentera Israel (IDF) Laksamana Muda Daniel Hagari berkata pengesahan itu dilakukan selepas beberapa minggu perisikan dilakukan.
"Penilaian yang kami lakukan mendapati keempat-empat individu ini terkorban di Khan Younis semasa operasi ketenteraan kami menentang Hamas," katanya tanpa memberikan butiran lanjut.
Bulan lepas, Hamas mendakwa Nadav Popplewell terbunuh dalam serangan Israel pada April lalu.
Kementerian Luar Negeri Britain berkata perkara itu masih disiasat namun tiada pengesahan tentang kematiannya sehingga kini.
Hamas turut menyiarkan sebuah video menunjukkan tiga daripada mereka pada bulan Disember tahun lalu.
Kesemua mereka ditahan di sebuah pusat komuniti berdekatan dengan Semenanjung Gaza pada 7 Oktober.
Dalam satu kenyataan di Forum Keluarga Tebusan, ahli keluarga berkata berita kematian keempat-empat individu itu harus "memberi kesedaran kepada setiap pemimpin".
"Chaim, Yoram, Amiram dan Nadav ditahan ketika masih hidup dan ditempatkan bersama tebusan yang lain, sebahagian daripada mereka telah dikembalikan dalam perjanjian sebelum ini.
"Mereka sepatutnya dikembalikan dalam keadaan masih hidup kepada negara dan keluarga mereka," tambah kenyataan itu.
Menteri Luar Negeri United Kingdom David Cameron berkata dalam catatan terbaharu di akaun media sosial X miliknya, beliau "sangat sedih" dengan berita kematian Nadav Popplewell.
"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Popplewell dan berharap mereka bertabah menghadapi ujian ini," katanya.
Nadav Popplewell ditahan di rumahnya bersama ibunya yang telah dibebaskan.
Adiknya Roy bagaimanapun terbunuh dalam kejadian itu.
Serangan Hamas pada 7 Oktober mengorbankan seramai 1,200 individu manakala 251 yang lain telah diambil sebagai tebusan, menurut pihak berkuasa Israel.
Seramai 105 orang awam telah dibebaskan ketika gencatan senjata selama seminggu pada November lalu.
Kira-kira 120 tebusan yang lain masih tidak dapat dikesan dan pihak berkuasa Israel berkata mereka dianggap telah terkorban.
Susulan kejadian pada 7 Oktober, Israel melancarkan kempen ketenteraan untuk menghapuskan Hamas.
Sekurang-kurangnya 36,470 rakyat Palestin terkorban selama perang lapan bulan ke atas Gaza, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Astro Awani
Mon Jun 03 2024
Mereka dikenal pasti sebagai warga British-Israel Nadav Popplewell, Chaim Peri, Yoram Metzger dan Amiram Cooper. - Foto X/@AvivaKlompas
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Israel sahkan kematian empat tebusan di Gaza
Kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.