Skip to main content

Dunia

Israel teruskan serangan udara di Lubnan, sasar tengah Beirut

beirut_AP
Tentera Israel mengumumkan penghentian serangan ke atas sasaran Iran, tetapi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa Lubnan tidak termasuk dalam gencatan senjata itu. - AP

BEIRUT: Israel meneruskan serangan di Lubnan dengan melakukan serangan udara yang menyasarkan kawasan tengah Beirut pada Rabu beberapa jam selepas pengumuman gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penduduk dilihat berlari di jalanan untuk mendapatkan perlindungan dalam serangan paling hebat ke atas tengah Beirut sejak tercetusnya semula permusuhan antara Israel dan Hizbullah yang disokong Iran.

Advertisement

Kawasan itu diserang tanpa sebarang amaran, menurut wartawan dpa di ibu negara Lubnan. Hospital turut menggesa penduduk untuk menderma darah.

Iran dan AS bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu serta pembukaan semula secara sementara Selat Hormuz semalaman melalui perjanjian saat akhir bagi mengelakkan gelombang besar serangan yang diancam oleh Presiden AS Donald Trump.

Perjanjian yang diusahakan melalui perantaraan Pakistan itu mendapat pujian daripada ahli politik di seluruh dunia, namun kebimbangan masih wujud terhadap situasi di Lubnan.

Tentera Israel mengumumkan penghentian serangan ke atas sasaran Iran, tetapi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa Lubnan tidak termasuk dalam gencatan senjata itu.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video