Skip to main content

Dunia

Israel tiada hak halang umat Islam beribadah di Masjid al-Aqsa - Liga Arab

Members of Israeli security forces stand guard, as Muslim Palestinian worshippers mark Laylat al-Qadr during the Muslim holy fasting month of Ramadan, outside the Old City of Jerusalem, as prayers at Al-Aqsa compound are restricted, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Jerusalem, March 15, 2026. REUTERS/Ammar Awad
Blok serantau itu berkata tindakan berkenaan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan boleh membawa kesan serius terhadap keamanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa. -Gambar fail

ISTANBUL: Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah, khususnya pada bulan Ramadan, sambil menegaskan negara itu tidak mempunyai hak untuk mengambil sebarang langkah yang menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah di masjid berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, blok serantau itu berkata tindakan berkenaan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan boleh membawa kesan serius terhadap keamanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa.

Advertisement

Ia turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan tindakan yang menyalahi undang-undang di tapak suci di Baitulmuqaddis serta menghormati kebebasan beribadah.

Kenyataan itu dibuat ketika Israel terus menutup Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran pada 28 Feb lepas selain hanya membenarkan kira-kira 50 jemaah menunaikan solat di Masjid Ibrahimi di Tebing Barat yang diduduki.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video