awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel-Gaza: Singapura seru gencatan senjata berpanjangan

Bernama
Bernama
08/08/2022
06:16 MYT
Israel-Gaza: Singapura seru gencatan senjata berpanjangan
Singapura seru semua pihak yang terlibat dalam serangan udara dan serangan roket di Israel dan Gaza untuk "menghentikan ketegangan dan keganasan terhadap orang awam serta berusaha ke arah gencatan senjata yang berpanjangan". - Gambar REUTERS
SINGAPURA: Singapura pada Isnin menyeru semua pihak yang terlibat dalam serangan udara dan serangan roket di Israel dan Gaza untuk "menghentikan ketegangan dan keganasan terhadap orang awam serta berusaha ke arah gencatan senjata yang berpanjangan".
Kementerian Luar (MFA) republik itu memaklumkan Singapura "tetap prihatin" tentang situasi semasa di Gaza dan Israel.
"Kami berasa sedih dengan kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah.
"Kami menyeru semua pihak untuk menghentikan serangan terhadap orang awam, meredakan ketegangan dan berusaha ke arah gencatan senjata yang berpanjangan.
"Semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keselamatan orang awam," kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal Isnin.
Menurut laporan, pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara di kawasan disyaki mendatangkan "ancaman" oleh kumpulan Jihad Islam.
Serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di seluruh wilayah Palestin, apabila tentera Israel menahan seorang pemimpin kanan Jihad Islam, Bassam al-Saadi dalam serbuan di bandar Jenin di Tebing Barat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel-Gaza
#gencatan senjata
#Singapura
#Jihad Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan