awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri, 20 kakitangan Gabenor Bali positif COVID-19

Agensi
Agensi
26/09/2020
10:56 MYT
Isteri, 20 kakitangan Gabenor Bali positif COVID-19
Selain isteri, empat pembantu peribadi, pelayan hingga tukang kebun di kediaman Gabenor Bali antara yang dijangkiti COVID-19.
Seramai 20 kakitangan di kediaman rasmi Gabenor Bali, I Wayan Koster disahkan positif COVID-19.
Ketika Koster serius mengajak seluruh masyarakat di pulau peranginan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19, kediaman rasminya pula kini menjadi kluster baharu.
Menurut Koster, empat pembantu peribadinya, pelayan hingga tukang kebun antara yang dijangkiti.
“Lebih 20 orang sudah disahkan positif COVID-19 termasuk empat pembantu peribadi saya. Dua daripada mereka sudah pulih, selebihnya sedang menjalani kuarantin,” kata Koster.
Bukan hanya kakitangan kediaman rasmi Koster, bahkan, isteri Gabenor, Ni Putu Putri Suastini juga positif COVID-19.
Suastini mengumumkan perkara itu melalui video berdurasi 13 minit yang tular di media sosial.
Koster berkata, apa yang mendukacita ialah ketika kerajaan berusaha menangani penularan COVID-19 termasuk menyarankan rakyat mematui SOP, penyebaran itu masih juga berlaku.
Paling sulit kepada pemimpin sepertinya, tegas Koster, adalah untuk mengelakkan diri daripada dikerumuni ramai.
“Memakai pelitup muka, menjaga jarak dan cuci tangan dengan bersih mungkin hal yang mudah untuk dilakukan, namun berkerumun paling susah dihindari. Ambil foto secara beramai-ramai, susah untuk dielakkan. Kadang-kadang saya rasa ngeri,” kata Koster lagi.
Topic Berkaitan
#Bali
#COVID19
#Gabenor Bali
#isteri
#kakitangan
#kerajaan
#kuarantin
#pandemik
#positif COVID19
#pulau peranginan
#rakyat
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan