awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir

Bernama
Bernama
21/09/2024
20:30 MYT
Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Hujan lebat telah menyebabkan banyak jalan di kedua-dua wilayah Emilia-Romagna dan Marche ditenggelami air. - Gambar AP
ROME: Itali mengisytiharkan darurat ke atas dua wilayah di utara negara itu pada Sabtu selepas beberapa hari hujan lebat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kerajaan pimpinan sayap kanan Perdana Menteri Giorgia Meloni turut menyediakan bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.
Hujan lebat telah menyebabkan banyak jalan di kedua-dua wilayah itu ditenggelami air.
Secara keseluruhan, lebih 2,500 orang terpaksa dipindahkan daripada kediaman mereka.
Beberapa bandar, termasuk Bologna, Modena dan Ravenna turut terjejas, begitu juga pusat peranginan pantai Rimini di pantai Adriatik.
Sementara itu, terdapat pertikaman lidah antara Rome dan kerajaan wilayah yang terjejas banjir. Nello Musumeci, menteri sayap kanan bagi Perlindungan Awam mendakwa. pentadbiran sosial demokrat Emilia-Romagna tidak menggunakan wang yang sudah disediakan dengan betul.
"Sesuatu yang tidak betul. Banjir besar seperti ini tidak boleh terus berlaku di Emilia-Romagna," kata menteri itu.
Cuaca buruk tahun lepas menyebabkan 17 orang maut dan kerosakan material yang bernilai berbilion euro.
Sebaliknya, pihak Sosial Demokrat menolak tuduhan menteri itu sebagai muslihat politik menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada November di Emilia-Romagna, satu daripada wilayah terkaya dan secara tradisionalnya paling condong ke kiri di Itali. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itali
#banjir
#darurat
#bencana alam
#Emilia-Romagna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan