ROM: Mana-mana rakyat Itali yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa asing ketika berurusan dengan pihak kerajaan negara itu bakal berhadapan denda sehingga sebanyak 100,000 Euro (RM480,000) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Giorgia Meloni.
Undang-undang baharu itu diperkenalkan seorang ahli majlis perundangan negara Fabio Rampelli dan dipersetujui Perdana Menteri.
Portal berita antarabangsa CNN melaporkan, walaupun undang-undang berkenaan dikenakan terhadap semua bahasa asing, ia ditujukan khas kepada 'Anglomania' atau penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang dilihat merendahkan martabat bahasa Itali.
Keadaan ini menjadi lebih buruk kerana United Kingdom (UK) tidak lagi sebahagian daripada Kesatuan Eropah (EU).
Rang Undang-Undang berkenaan yang akan dibentangkan di Parlimen, memperuntukkan sesiapa sahaja yang akan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan perlu "menulis dan memiliki pengetahuan serta menguasai bahasa Itali".
Peruntukan undang-undang juga melarang penggunaan bahasa Inggeris dalam mana-mana dokumen rasmi kerajaan termasuk penggunaan 'akronim dan nama" sesuatu jawatan yang dipegang di semua syarikat yang beroperasi di seluruh negara itu.
Dalam masa sama, penguatkuasaan undang-undang itu kelak juga menetapkan syarikat-syarikat (entiti) asing perlu memastikan semua peraturan dalaman dan kontrak pekerjaan juga diterbitkan dalam versi bahasa Itali, menurut draf undang-undang berkenaan yang dilihat CNN.
“Ini bukan lagi soal fesyen kerana fesyen berubah, tetapi Anglomania telah memberikan kesan pada masyarakat secara keseluruhan,” tegas draf rang undang-undang itu lagi.
Artikel pertama peraturan baharu itu kelak turut menetapkan mana-mana pejabat yang berurusan dengan bukan orang tempatan - individu yang bercakap dalam bahasa asing, harus menjadikan bahasa Itali sebagai bahasa utama.
Di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan itu juga, Kementerian Kebudayaan akan menubuhkan jawatankuasa yang peranannnya adalah untuk ‘memperbetulkan penggunaan bahasa serta sebutan Itali di semua sekolah, media, sektor perniagaan dan pengiklanan.
Agensi
Sun Apr 02 2023
Mana-mana rakyat Itali yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa asing ketika berurusan dengan pihak kerajaan negara itu bakal berhadapan denda sehingga 100,000 Euro (RM480,000) di bawah pentadbiran Giorgia Meloni. - Foto fail/REUTERS
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Jannik Sinner tewaskan Taylor Fritz untuk menangi Jelajah Akhir ATP pertama
Jannik Sinner mengukuhkan statusnya sebagai pemain terbaik dalam tenis lelaki dengan memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP pertama di Turin.
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG
Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.
Itali, Perancis dan Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB
Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
Pelajar Itali yang melarikan diri dibicarakan, hadapi tuduhan bunuh bekas kekasih
Selepas lapan hari melarikan diri melalui Austria dan Bavaria, pelajar itu akhirnya ditahan di sebuah stesen servis lebuh raya dekat Leipzig.
Boris Becker mengahwini teman lama di Itali
Pengantin perempuan mengenakan gaun putih dengan potongan bahu terbuka dan vel, manakala pengantin lelaki memakai jaket sut berwarna krim.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 1,000 pelancong dipindahkan akibat kebakaran hutan di Puglia, Itali
Pelancong yang tidak mempunyai kenderaan dibawa menaiki bot untuk ditempatkan di gimnasium yang disediakan majlis perbandaran Vieste.
Venice kekalkan caj masuk lebih tinggi pada waktu puncak
Venice akan terus mengenakan yuran kemasukan bagi pengunjung harian apabila tempoh percubaan untuk caj itu berakhir hujung minggu ini.
Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar
Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.