awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ivana Trump disemadikan di New York City pada Rabu

Bernama
Bernama
21/07/2022
03:57 MYT
Ivana Trump disemadikan di New York City pada Rabu
Ivana Trump dikebumikan di Gereja Roman Katolik St Vincent Ferrer, di New York City, 20 Julai 2022. (Foto AP)
WASHINGTON: Ivana Trump, bekas isteri Donald Trump, disemadikan di New York City pada Rabu.
Majlis pengebumian diadakan di Gereja Roman Katolik St. Vincent Ferrer di kawasan kejiranan mewah Upper East Side Manhattan, lapor Agensi Anadolu.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu bersama tiga anaknya Donald Trump Jr, Ivanka Trump dan Eric Trump -- turut hadir, menurut beberapa laporan.
Ivana Trump, 73, ditemukan meninggal dunia di apartmennya di Manhattan minggu lepas.
Pihak berkuasa telah memutuskan kematiannya tiada kaitan dengan perbuatan khianat dan banyak laporan mengatakan beliau meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga di apartmennya.
Ivana dan Trump berkahwin pada 1977 dan kemudian bercerai pada 1992.
Donald Trump mengetuai keluarganya ketika mengiringi keranda Ivana Trump yang dibawa untuk majlis pengebumian di Gereja Roman Katolik St Vincent Ferrer, New York, 20 Julai 2022. (Foto AP)
Donald Trump mengetuai keluarganya mengiringi keranda Ivana Trump yang dibawa untuk majlis pengebumian di Gereja Roman Katolik St Vincent Ferrer, New York, 20 Julai 2022. (Foto AP)
BACA: Ivana Trump meninggal dunia akibat hentakan objek tumpul
BACA: Ivana Trump, isteri pertama Donald Trump meninggal dunia
Ahli perniagaan wanita keturunan Czech-Amerika itu memainkan peranan penting dalam membina empayar Trump, menurut New York Times.
Beliau menjawat beberapa jawatan penting dalam organisasi Trump dan menulis beberapa buku termasuk "Raising Trump," biografi perkahwinannya dengan bekan presiden itu yang diterbitkan pada 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#New York City
#pengebumian Ivana Trump
#Ivana Trump meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan