awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Negara AS gesa rakyatnya tinggalkan Ukraine 'sekarang'

Bernama
Bernama
11/02/2022
04:49 MYT
Jabatan Negara AS gesa rakyatnya tinggalkan Ukraine 'sekarang'
Awal minggu ini pesawat pengangkut AS membawa sistem logistik dan peralatan bagi persediaan tentera di rantau itu susulan konflik yang semakin memuncak. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat sekali lagi menggesa rakyatnya meninggalkan Ukraine dengan kadar segera berikutan dakwaan ancaman tindakan ketenteraan Rusia, kata Jabatan Negara AS dalam satu panduan perjalanan, lapor Sputnik.
"Hentikan perjalanan ke Ukraine kerana ancaman tindakan ketenteraan Rusia dan COVID-19 semakin meningkat; mereka yang berada di Ukraine harus keluar sekarang melalui penerbangan komersial atau persendirian.
"Jika masih kekal di Ukraine, tingkatkan langkah pengawasan kerana jenayah, pergolakan awam, dan operasi tempur mungkin berlaku sekiranya Rusia mengambil tindakan ketenteraan. Beberapa kawasan berdepan risiko lebih tinggi," menurut panduan perjalanan itu pada Khamis.
Pada 23 Jan, Jabatan Negara mengarahkan ahli keluarga kakitangan kedutaan dan pekerjanya yang layak untuk meninggalkan Kyiv.
Jurucakap Jabatan Negara Ned Price pada Februari berkata, sehingga Oktober lepas dianggarkan sekitar 6,600 warganegaranya menetap di Ukraine, manakala beberapa saluran berita melaporkan sekurang-kurangnya 30,000 rakyat Amerika berada di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Rusia
#Ukraine
#Jabatan Negara Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan