awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadi bahan ejekan, Kerajaan Jepun akui sunting gambar barisan Kabinet

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2024
14:06 MYT
Jadi bahan ejekan, Kerajaan Jepun akui sunting gambar barisan Kabinet
Jurucakap kerajaan, Yoshimasa Hayashi mengakui terdapat suntingan kecil dilakukan terhadap gambar barisan kabinet Jepun - Foto/X Shigeru Ishiba
KUALA LUMPUR: Selepas menjadi bahan ejekan di media sosial, Kerajaan Jepun pada Isnin mengaku menyunting gambar rasmi Kabinet baharu bagi 'mengubah penampilan' barisan menteri mereka agak kelihatan lebih kemas.
Memetik laporan AFP, imej asal antaranya menunjukkan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dan Menteri Pertahanannya, Jen Nakatani dalam penampilan yang tidak kemas, termasuk seluar longgar.
Bagaimanapun, menerusi gambar rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat Ishiba, kecacatan yang ketara, seperti tampalan baju putih di bawah sut mereka, telah 'dihilangkan'.
Jurucakap kerajaan, Yoshimasa Hayashi mengakui terdapat suntingan kecil dilakukan sambil cuba mengalihkan kritikan terhadap manipulasi gambar itu.
“Foto berkumpulan semasa acara rasmi pejabat perdana menteri, seperti rombakan Kabinet, akan disimpan selama-lamanya sebagai kenangan...
"Jadi suntingan kecil biasanya dilakukan pada gambar ini,” katanya seperti dilapor portal berita itu.
Begitupun, percubaan untuk menutup 'kecacatan' pada gambar berkenaan seolah-olah tidak berhasil apabila warganet masih mengkritik dengan melabelkan sebagai ‘Kabinet tidak kemas’.
“Ini lebih teruk daripada gambar kumpulan kelab warga emas semasa lawatan ke kolam air panas. Ia sangat memalukan,” tulis seorang pengguna di platform X.
Topic Berkaitan
#Kabinet Jepun
#Shigeru Ishiba
#menteri Jepun
#sunting gambar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan