awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

James Cleverly umum calonkan diri ganti Sunak sebagai ketua Parti Konservatif

Bernama
Bernama
24/07/2024
09:34 MYT
James Cleverly umum calonkan diri ganti Sunak sebagai ketua Parti Konservatif
Cleverly menyuarakan hasratnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat Britain terhadap Konservatif sebagai sebuah parti dan membangunkan semula reputasi parti itu. - Foto Reuters
LONDON: James Cleverly menjadi orang pertama mengisytiharkan pencalonannya bagi menggantikan bekas Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak sebagai ketua Parti Konservatif pada Rabu.
Dalam ucapannya pada Selasa, Cleverly berkata beliau mampu menyatukan Parti Konservatif dan mengalahkan Keir Starmer, menurut laporan PA Media/dpa.
Dalam hantaran di media sosial, Cleverly menyuarakan hasratnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat Britain terhadap Konservatif sebagai sebuah parti dan membangunkan semula reputasi parti itu.
Sebagai pembangkang, Cleverly menekankan keperluan untuk bersatu dan berdisiplin dalam memantau Parti Buruh dan janji-janji mereka.
Sementara itu, bekas Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman dijangka melancarkan usaha untuk mencalonkan diri sebagai ketua parti.
Braverman menyatakan dalam satu program radio bahawa "politik identiti menjadi tidak terkawal" di bawah Sunak dan bahawa parti itu perlu tegas dalam isu imigresen, cukai, keselamatan dan nilai-nilai nasional.
Calon-calon lain yang berpotensi termasuk Kemi Badenoch, Mel Stride, Dame Priti Patel, Tom Tugendhat dan Robert Jenrick.
Pemimpin baharu akan dipilih pada 2 Nov menerusi undian dalam talian dan keputusan akan diumumkan pada hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#James Cleverly
#ganti Rishi sunak
#Parti Konservatif
#Suella Braverman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan