BANGKOK: Bangkok memantau rapi kes berkaitan cacar monyet memandangkan jumlah jangkitan di negara itu terus meningkat.

Timbalan Gabenor Bangkok Tavida Kamolvej berkata terdapat peningkatan kes cacar monyet di Bangkok pada Ogos, dengan kira-kira 80 kes dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Data menunjukkan bahawa kes tertumpu di kawasan yang popular di kalangan pelancong.

Berita terkini menunjukkan bahawa individu yang dijangkiti kebanyakannya golongan muda dan remaja.

-- BERNAMA