awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkitan COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, kes baharu lebih 4,000

Bernama
Bernama
19/09/2020
09:42 MYT
Jangkitan COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan, kes baharu lebih 4,000
Indonesia mencatatkan 4,168 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/REUTERS
Indonesia mencatatkan 4,168 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak virus pandemik itu dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac lepas.
Berdasarkan data yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 240,687 kes, manakala sebanyak 107,863 lagi pesakit masih dalam pemantauan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 112 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,448 orang.
Provinsi Jakarta, yang kembali menguatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 60,828 kes, dengan tambahan 988 kes baharu.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,942 orang, diikuti Jakarta (1,527), Jawa Tengah (1,243), Kalimantan Selatan (396), Sumatera Utara (394), Sulawesi Selatan (389) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#Jawa Timur
#Kalimantan
#kes baharu
#Pembatasan Sosial Berskala Besar
#PSBB
#Sulawesi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan