awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkitan COVID-19 Indonesia kini 232,628 kes

Bernama
Bernama
17/09/2020
10:41 MYT
Jangkitan COVID-19 Indonesia kini 232,628 kes
Indonesia mencatatkan 3,635 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas. - Gambar fail/REUTERS
Indonesia mencatatkan 3,635 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 232,628.
Berdasarkan data yang dimuat naik laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 103,209 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 122 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kumulatif mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 di republik itu seramai 9,222 orang.
Provinsi Jakarta yang kembali berada di bawah peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 58,582 kes susulan tambahan 1,113 kes baharu.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,896 orang, diikuti Jakarta (1,495), Jawa Tengah (1,195), Kalimantan Selatan (392), Sulawesi Selatan (386) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#Jakarta
#Jawa Timur
#kes baharu
#Pembatasan Sosial Berskala Besar
#PSBB
#Sulawesi
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan