Jeddah anjur Forum Sejarah Haji dan Dua Masjid Suci

Program itu, yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta Program Pengalaman Jemaah, akan diadakan bersempena Persidangan dan Pameran Haji Kelima di Super Dome, Jeddah, Arab Saudi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Yayasan Raja Abdulaziz bagi Penyelidikan dan Arkib (Darah) akan menganjurkan Forum Sejarah Haji dan Dua Masjid Suci selama tiga hari bermula Isnin (10 hingga 12 Nov), menampilkan lebih 10 sesi panel khusus dengan penyertaan lebih 50 penceramah termasuk sejarawan, penyelidik dan pakar terkemuka.
Ringkasan AI
- Yayasan Darah akan anjurkan Forum Sejarah Haji dan Dua Masjid Suci selama tiga hari di Arab Saudi.
- Forum itu bertujuan mengetengahkan usaha sejarah dan pengurusan Kerajaan Arab Saudi terhadap Dua Masjid Suci.
- Selain perbincangan, pameran sampingan turut diadakan untuk memaparkan sejarah haji lebih 100 tahun melalui pelbagai medium.
Forum itu juga bertujuan menterjemahkan hasil perbincangan kepada kandungan pendidikan dan media yang memaparkan evolusi sejarah perjalanan haji di seluruh dunia Islam.
Darah memaklumkan forum itu akan membincangkan lima tema utama termasuk pengurusan ibadah haji dan umrah serta perkhidmatan kepada Tetamu Allah (jemaah haji), pembangunan sistem pengurusan jemaah, pengangkutan dan penjagaan kesihatan, serta transformasi digital dalam dokumentasi dan panduan.
Satu pameran sampingan bertajuk "Seabad Penjagaan terhadap Dua Masjid Suci" turut diadakan sempena forum itu, yang memaparkan sejarah haji lebih 100 tahun melalui dokumen asal dan jarang terdapat, foto sejarah, manuskrip, artifak serta peralatan jemaah haji, selain penggunaan media digital dan teknologi pameran moden.
Forum itu dianjurkan dalam kerangka projek Sejarah Haji dan Dua Masjid Suci, selaras dengan misinya untuk memelihara dan mendokumentasikan sejarah Kerajaan serta Dua Masjid Suci.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


