awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah haji perlu sedia hadapi cuaca panas ketika berada di Madinah

Bernama
Bernama
26/04/2025
12:49 MYT
Jemaah haji perlu sedia hadapi cuaca panas ketika berada di Madinah
Jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025M diingatkan untuk menjaga kesihatan dan meminum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. - Bernama
MADINAH: Jemaah haji diingatkan untuk bersedia menghadapi cuaca panas yang boleh mencecah hingga 45 darjah Celsius ketika berada di kota suci Madinah.
Pengarah Operasi Tabung Haji Madinah Affandi Abdullah turut mengingatkan jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025M untuk menjaga kesihatan dan meminum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
"Tahun ini keadaan cuaca panas dan kering, suhu biasanya jangkaan boleh mencecah melebihi 45 darjah Celsius dan setakat ini, suhu di Madinah baru mencecah 41 darjah Celsius. Kalau masuk bulan Mei, cuaca dijangka lebih panas.
"Sebelum ini, suhu pernah cecah hingga 49 darjah Celsius. Jadi, jemaah dinasihatkan untuk bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal dengan keadaan cuaca terkini ketika menunaikan ibadah," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Affandi turut menasihati jemaah haji supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan Tabung Haji termasuk ketika berada di bangunan penginapan sepanjang berada di Tanah Suci.
Beliau berkata musim haji tahun ini melibatkan dua fasa kemasukan ke Madinah dengan 45 peratus daripada keseluruhan 31,600 jemaah akan masuk terlebih dahulu ke kota suci berkenaan manakala pada fasa kedua, jemaah akan memasuki Madinah dari Mekah selepas wukuf.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#cuaca panas
#Madinah
#kesihatan
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan