NEW DELHI: Pakistan yang mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark pada Rabu berkata tindakan kebencian dan hasutan sedemikian bukan hak kebebasan bersuara.
Dalam kejadian itu, pelampau Denmark turut memijak bendera Pakistan di hadapan kedutaan Pakistan di Copenhagen.
"Bantahan keras telah dibuat kepada kerajaan Denmark. Kami menjangkakan pihak berkuasa Denmark akan mengambil langkah perlu untuk menghentikan tindakan kebencian dan hasutan sedemikian," menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian awal minggu ini, pelampau di Denmark turut membakar salinan kitab suci itu di hadapan kedutaan Turkiye dan Mesir di Copenhagen.
"Kerajaan, pertubuhan serantau dan masyarakat antarabangsa bertanggungjawab mengutuk dan secara proaktif mencegah perbuatan keji Islamofobia dan kebencian agama, seperti gesaan Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya negara berkaitan menangani, mencegah dan mendakwa mereka yang melakukan perbuatan jenayah kebencian agama seperti itu," menurut kenyataan itu.
Pakistan berkata isu Islamofobia juga telah dibangkitkan dalam perbualan telefon bersama Menteri Luar Bilawal Bhutto Zardari dan rakan sejawatannya dari Iran, Arab Saudi dan Turkiye serta Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
Kementerian Luar Malaysia turut memanggil duta Sweden pada 24 Julai untuk membantah tindakan itu.
Negara-negara Islam mengecam Sweden dan Denmark kerana tidak menghentikan jenayah kebencian anti-Islam dan provokasi.
Kementerian Luar Iraq berkata "virus ekstremisme dan kebencian" menimbulkan ancaman kepada kewujudan bersama masyarakat.
Sementara itu, OIC akan mengadakan sesi mesyuarat luar biasa menteri luar secara maya pada 31 Julai untuk membincangkan provokasi terbaru di Scandinavia.
"Menteri-menteri itu akan menimbang "langkah selanjutnya terhadap tindakan provokasi berulang yang mewakili kebencian agama yang disengajakan dan tidak bertoleransi," kata OIC pada Khamis.
Kumpulan 57 anggota itu baru-baru ini menggantung status utusan khas Sweden ke OIC.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Penyokong kumpulan agama mengadakan protes membantah kejadian membakar al-Quran di Sweden dan Denmark, di Karachi, Pakistan, 23 Julai 2023. REUTERS
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
24 polis cedera, 39 penunjuk perasaan ditahan di Melbourne
Sekurang-kurangnya, 24 anggota polis cedera manakala 39 penunjuk perasaan anti-perang ditahan berhampiran Pameran Pertahanan Land Forces Melbourne pada Rabu.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Jurucakap polis Victoria berkata, 39 individu itu ditahan atas kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu tugas polis, membakar selain menyekat jalan.
Atlet Olimpik Tom Craig digantung 12 bulan
Pemain Hoki Olimpik Australia, Tom Craig digantung selama 12 bulan selepas disabit kesalahan kerana membeli dadah kokain semasa acara sukan olimpik Paris.
9 ditahan, lebih satu juta pil ekstasi dirampas
Pihak Polis Sepanyol merampas lebih daripada satu juta pil ekstasi dan menahan 9 orang termasuk warga Itali dalam sebuah operasi penumpasan sindiket dadah di Pulau Balearic, Ibiza pada Selasa.
Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.
Debat Trump-Harris: Reaksi berbaur Demokrat, Republikan
Calon naib presiden, J.D. Vance memberitahu media ucapan Harris tidak mempunyai "bahan sebenar", dan tidak kedengaran seperti seorang Naib Presiden Amerika Syarikat.
Trump sengaja naikkan kemarahan Harris - Penganalisis bahasa
Norma berkata fakta bahawa Trump memanggil Biden sebagai bos Harris, menunjukkan bahawa Trump sebenarnya sedang meremehkan kedudukan Harris.
Presiden AS: Sokongan Taylor Swift akan beri impak besar
Swift membuat pengesahan itu dalam catatan di Instagram dan akan mengundi Naib Presiden Amerika Syarikat itu dalam pilihan raya pada 5 November depan.
Malaysia tidak perlu bimbang persaingan China-AS
Ini terbukti berdasarkan sejarah perdamaian yang cuba diperjuangkan sebelum ini tidak dapat dicapai kerana AS sudah hilang kredibiliti.
Taufan Yagi: Angka korban dan hilang meningkat kepada 324 di Vietnam
Wilayah Lao Cai adalah antara kawasan yang paling teruk terjejas dengan 72 kematian dan 111 orang masih hilang.
MCMC cari keseimbangan kawal cabaran media sosial
Menurut MCMC, menangani isu maklumat salah dan salah maklumat, termasuk pelesenan penyedia media sosial, memerlukan pendekatan seimbang yang mengambil kira kepentingan masyarakat dan individu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 September 2024.
RUU Keselamatan Dalam Talian tidak sekat kebebasan bersuara - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said memberi jaminan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian tidak akan menyekat kebebasan bersuara.
Cendekiawan India terkemuka Noorani meninggal dunia
Pengarang dan tokoh undang-undang terkemuka India Abdul Ghafoor Majeed Noorani, yang lebih dikenali sebagai A.G. Noorani, meninggal dunia pada Khamis.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Pengasas Telegram ditahan: Musk secara sinis ramal hukuman berat menjelang 2030 di Eropah
Musk dengan nada sinis meramalkan bahawa menjelang 2030, Eropah mungkin akan mula melaksanakan hukuman berat terhadap individu yang menyukai imej humor (meme) di internet.
Maklumat salah punca rusuhan di UK: Media sosial jadi dalang penyebarannya
Kebanjiran maklumat salah dalam talian dikenal pasti sebagai faktor utama dalam memburukkan lagi keadaan di UK.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Perkhidmatan media sosial perlu berlesen langkah tepat - Ahmad Zahid
Langkah MCMC yang memerlukan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet memohon lesen merupakan satu langkah tepat.
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.