Skip to main content

Malaysia

PRN Melaka: Wakil calon PH DUN Asahan maut dalam kemalangan jalan raya

Kemalangan maut terbabit berlaku di hadapan Bilik Gerakan Utama PH DUN Asahan. - Foto sumber sosial media
Kemalangan maut terbabit berlaku di hadapan Bilik Gerakan Utama PH DUN Asahan. - Foto sumber sosial media

Ringkasan AI

  • Wakil calon Pakatan Harapan DUN Asahan, J. Samivel Jairas, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di hadapan Bilik Gerakan Utama PH Asahan.
  • Mendiang merupakan Naib Ketua Cabang PKR Alor Gajah dan wakil kepada calon PH DUN Asahan, Denesh Palasubramaniam.
  • Pimpinan PKR, Gunarajah George, hadir di Asahan untuk membantu keluarga mendiang serta pasukan kempen PH.
Advertisement

PENGKALAN BATU: Wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, J. Samivel Jairas meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya hari ini.

Kejadian berlaku di hadapan Bilik Gerakan Utama PH DUN Asahan.

Mendiang yang juga Naib Ketua Cabang PKR Alor Gajah merupakan wakil kepada calon PH DUN Asahan, Denesh Palasubramaniam.

Advertisement

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Pilihan Raya Pakatan Harapan menerusi kenyataan media pada Rabu.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, sahabat handai, anggota parti Keadilan dan semua yang mengenali beliau.

Advertisement

“Kami juga memohon semua pihak memberi masa secukupnya kepada keluarga untuk menguruskan upacara pengebumian dengan tenang,” menurut kenyataan itu hari ini.

PH turut menghargai segala jasa dan sumbangan mendiang, khususnya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

“Kami turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti dan sumbangan mendiang sepanjang beliau berkhidmat terutama kerja keras beliau sepanjang kempen Pilihanraya Umum Negeri Melaka ke-16 ini,” katanya lagi.

Sementara itu, wakil pimpinan tertinggi PKR, Gunarajah George berada di Asahan bagi membantu keluarga mendiang serta pasukan kempen PH.

Must Watch Video

Advertisement