awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun, Australia, India sepakat tingkatkan rantaian bekalan

Bernama
Bernama
02/09/2020
03:15 MYT
Jepun, Australia, India sepakat tingkatkan rantaian bekalan
Hiroshi Kajiyama menjadi tuan rumah sesi persidangan video itu. - BERNAMA
Jepun, Australia dan India pada Selasa sepakat untuk meningkatkan sistem bekalan produk ekoran risiko gangguan rantaian bekalan produk dan komponen akibat penularan wabak COVID-19.
Ketiga-tiga negara itu berharap dapat mempelbagaikan rantaian bekalan di samping meningkatkan daya saing industri, lapor Jiji Press.
Dalam kenyataan bersama selepas persidangan video, menteri ekonomi ketiga-tiga negara itu "menekankan keperluan serta potensi meningkatkan daya tahan rantaian bekalan di rantau Indo-Pasifik."
Negara berkenaan juga mengesahkan untuk mempertimbangkan bagi mendigitalkan prosedur perdagangan dan mempromosikan pelaburan dalam mewujudkan rantaian bekalan baharu.
Mereka juga bersetuju meminta anggota ASEAN untuk menyertai inisiatif itu. Jepun dan anggota ASEAN sudah memulakan langkah yang sama.
"Kita perlu mempelbagaikan sumber bekalan kerana kita sudah melihat betapa rapuhnya rantaian bekalan semasa krisis COVID-19," kata Menteri Ekonomi dan Perdagangan Jepun, Hiroshi Kajiyama, yang menjadi tuan rumah sesi persidangan video itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Australia
#bekalan
#COVID-19
#daya saing
#daya tahan
#digital
#ekonomi
#Hiroshi Kajiyama
#India
#industri
#Jepun
#koronavirus
#pelaburan
#perdagangan
#produk
#rantaian bekalan
#sumber bekalan
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan