awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Rusia, China kecam tindakan Israel langgar piagam PBB - Pembantu Kremlin
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Jepun kerah dua pesawat pertahanan untuk pemindahan rakyatnya dari Asia Barat

Bernama
Bernama
19/06/2025
08:02 MYT
Jepun kerah dua pesawat pertahanan untuk pemindahan rakyatnya dari Asia Barat
Kementerian Pertahanan kini sedang mengenal pasti jumlah rakyat Jepun yang ingin meninggalkan kawasan konflik -- kira-kira 280 orang di Iran dan 1,000 orang di wilayah dikuasai Israel. - Reuters
TOKYO: Jepun akan menghantar dua pesawat Angkatan Pertahanan Diri (SDF) ke Afrika Timur bagi kemungkinan pemindahan rakyatnya dari Asia Barat ekoran konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran, lapor agensi berita Kyodo yang memetik Menteri Pertahanan Gen Nakatani pada Khamis.
Nakatani memberitahu pemberita bahawa dua pesawat pengangkut C-2, yang membawa kira-kira 120 anggota SDF akan ditempatkan di pangkalan SDF di Djibouti untuk siap siaga.
Langkah itu diambil susulan permintaan oleh Menteri Luar Takeshi Iwaya pada awal hari yang sama. Menurut sumber kerajaan, kedua-dua pesawat dijadual berlepas dari Jepun pada Sabtu.
"Situasi di Asia Barat semakin tegang apabila Israel dan Iran terus melancarkan serangan balas antara satu sama lain," kata Nakatani sambil menjelaskan bahawa kerajaan Jepun masih berada di peringkat persiapan bagi sebarang operasi pemindahan.
Kementerian Pertahanan kini sedang mengenal pasti jumlah rakyat Jepun yang ingin meninggalkan kawasan konflik -- kira-kira 280 orang di Iran dan 1,000 orang di wilayah dikuasai Israel.
Sebelum pesawat dikerahkan, seramai 10 anggota SDF telah dihantar ke rantau itu untuk mengumpul maklumat.
Jepun juga merancang untuk memindahkan kira-kira 90 rakyatnya dan ahli keluarga dari Tehran ke negara jiran Azerbaijan menggunakan bas, manakala rakyat Jepun yang berada di wilayah dikuasai Israel mungkin ditawarkan laluan pemindahan serupa ke Jordan, menurut sumber kerajaan.
Pada 13 Jun lalu, Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran, mendorong tindak balas dari Tehran.
Ketegangan terus meningkat dengan spekulasi bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mungkin akan menyokong serangan Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Jepun
#pemindahan rakyat
#Asia Barat
#pesawat pertahanan
#konflik
#Israel
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami