Jepun dan Korea Selatan sepakat untuk kekal dalam memberikan tekanan terhadap Korea Utara berkenaan kemelut program senjata dan nuklear di negara tersebut pada hari Isnin.

"Jepun dan Korea Selatan bersetuju untuk berikan tekanan yang maksimum terhadap Korea Utara sehinggalah negara itu mengambil langkah konkrit," kata Menteri Luar Jepun, Taro Kano.

Beliau juga enggan menjelaskan lebih lanjut berkenaan langkah konkrit itu setelah mengadakan rundingan bersama Ketua Perkhidmatan Perisikan Nasional Korea Selatan Suh Hoon.

Menurutnya juga, Jepun akan menyediakan belanjawan untuk pemeriksaan daripada Badan Tenaga Atom Antarabangsa jika perlu.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah bersetuju untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menjelang akhir bulan Mei.

Presiden Korea Selatan Moon Jae In juga meletakkan perancangan bagi mengikuti sidang kemuncak bersama Kim pada akhir April.

Jepun akan bekerjasama dengan AS dan Korea Selatan untuk menyelesaikan isu berkenaan rakyat Jepun diculik oleh pihak Korea Utara pada masa yang lalu.