awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun sedia salur bantuan geran US$6 juta kepada Myanmar

Bernama
Bernama
02/04/2025
14:00 MYT
Jepun sedia salur bantuan geran US$6 juta kepada Myanmar
Sukarelawan memegang sepanduk dan papan tanda meminta sumbangan untuk mangsa gempa bumi berukuran 7.7 magnitud baru-baru ini yang melanda Myanmar, di luar stesen kereta api Nagoya pada 1 April 2025. - Gambar AFP
TOKYO: Jepun bersedia menyediakan bantuan geran kecemasan sekitar US$6 juta untuk mangsa gempa bumi dahsyat di Myanmar, kata kerajaan pada Rabu, lapor Agensi Berita Kyodo.
Kementerian Luar Jepun berkata bantuan itu akan disalurkan menerusi pertubuhan antarabangsa, memandangkan "keperluan kemanusiaan yang amat besar" dijangka di Myanmar, selepas angka korban akibat gempa bermagnitud 7.7 pada Jumaat lepas meningkat melebihi 2,700 orang.
Jepun telah menghantar pasukan perubatan ke Myanmar dan memutuskan untuk menyediakan barangan bantuan kecemasan seperti kelengkapan kebersihan, bekalan air dan penapis air menerusi Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) yang disokong kerajaan serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut kementerian itu.
Dua rakyat Jepun disahkan cedera di Mandalay, bandar kedua terbesar Myanmar yang berhampiran pusat gempa, manakala seorang lagi cedera di Bangkok, ibu negara Thailand yang bersebelahan. Seorang rakyat Jepun masih belum dapat dikesan di Mandalay, menurut Kerajaan Jepun.
"Kerajaan Jepun akan berdiri bersama rakyat Myanmar dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang dapat memberi manfaat langsung kepada mereka," kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi, dalam satu sidang media.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#bantuan kemanusiaan
#bekalan air
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan