awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun sediakan suntikan penggalak kepada semua

Bernama
Bernama
29/10/2021
03:32 MYT
Jepun sediakan suntikan penggalak kepada semua
Jepun menggunakan tiga vaksin COVID-19, masing-masing dibangunkan oleh Pfizer, syarikat biofarmaseutikal AS Moderna Inc dan AstraZeneca PLC Britain. - Foto REUTERS
TOKYO: Panel kementerian kesihatan Jepun pada Khamis bersetuju mengenai rancangan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 dos ketiga, atau suntikan penggalak kepada semua penduduknya yang telah menerima dua dos vaksin.
Suntikan penggalak dijangka diberikan seawal lapan bulan selepas suntikan kedua selesai. Bila dos penggalak akan mula diberikan belum ditetapkan, namun dijangka ia bermula pada Disember dengan petugas perubatan, menjadi kumpulan pertama yang akan menerimanya mulai Februari.
Menurut laporan Jiji Press, kementerian kesihatan dijadual memutuskan secara rasmi pelan suntikan penggalak pada November.
Panel kementerian mengambil kira kaji selidik luar negara yang menunjukkan bahawa kesan pencegahan jangkitan terhadap vaksin pengeluar ubat Pfizer Inc. Amerika Syarikat turun daripada 88 peratus kepada 47 peratus selepas lima bulan untuk semua individu berusia 12 tahun ke atas.
Panel itu juga bersetuju untuk menjamin peluang vaksinasi kepada penduduk yang masih belum menerima suntikan vaksin selepas suntikan penggalak bermula.
Jepun menggunakan tiga vaksin COVID-19, masing-masing dibangunkan oleh Pfizer, syarikat biofarmaseutikal AS Moderna Inc dan AstraZeneca PLC Britain.
Kementerian kesihatan mempunyai kontrak untuk memperoleh 120 juta dos vaksin Pfizer dan 50 juta dos vaksin Moderna untuk tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos penggalak
#Pfizer-BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan