awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun selesai pusingan pertama pelepasan air radioaktif loji Fukushima

Bernama
Bernama
11/09/2023
12:20 MYT
Jepun selesai pusingan pertama pelepasan air radioaktif loji Fukushima
Pelepasan air terawat bermula pada 25 Ogos, mencetuskan reaksi dari China dan parti pembangkang di Korea Selatan. - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Pengendali loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi Jepun yang musnah pada Isnin berkata pusingan pertama pelepasan air terawat ke laut telah selesai.
Tokyo Electric Power Company (TEPCO) dalam satu kenyataan berkata pada pusingan pertama, kira-kira 460 tan air terawat dilepaskan ke laut setiap hari, sambil menambah bahawa ia mengeluarkan sejumlah 7,800 tan air seperti yang dirancang - bersamaan dengan 10 tangki penuh di kawasan loji, lapor Agensi Anadolu.
Pelepasan air terawat bermula pada 25 Ogos, mencetuskan reaksi dari China dan parti pembangkang di Korea Selatan.
Beijing telah mengenakan larangan menyeluruh terhadap makanan laut dari Jepun.
TEPCO berkata untuk pusingan kedua, pihaknya akan memeriksa kemudahan pelepasan selama tiga minggu, dan akan memulakan proses tersebut sekali lagi.
Sehingga Mac depan, pengendali utiliti itu merancang untuk melaksanakan empat pusingan pelepasan air untuk melepaskan sejumlah 31,200 tan air, bersamaan kira-kira 40 tangki penuh, menurut laporan itu.
Di loji nuklear Fukushima, 1.3 juta tan air terawat disimpan dalam lebih daripada seribu tangki.
--BERNAMA-AGENSI ANADOLU
Topic Berkaitan
#air terawat
#pusingan pertama
#nuklear
#Fukushima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan