awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Liga: Arsenal selangkah ke pentas final
Pensyarah rugi RM493,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Bom lama seberat 227 kg ditemukan di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun semak semula kebarangkalian gempa bumi besar di Jurang Nankai

Bernama
Bernama
27/09/2025
20:00 MYT
Jepun semak semula kebarangkalian gempa bumi besar di Jurang Nankai
Jurang Nankai ialah sebuah parit dasar laut yang terletak di sepanjang pantai Pasifik Jepun. Gempa bumi besar di sepanjang jurang ini dipercayai berlaku setiap 100 hingga 150 tahun. - Gambar fail/Sinar Harian
TOKYO: Panel kerajaan Jepun menyemak semula anggaran kebarangkalian berlakunya gempa bumi besar di Jurang Nankai, di luar pantai Pasifik negara itu, dalam tempoh 30 tahun akan datang daripada 80 peratus kepada julat sekitar 60 hingga 90 peratus, atau lebih tinggi, lapor Xinhua.
Semakan terkini itu berdasarkan kaedah pengiraan baharu yang mengambil kira ralat data dan ketidakpastian dalam ramalan, menurut panel penyiasatan gempa bumi Jepun pada Jumaat, sambil menegaskan yang ini tidak bermakna risiko gempa bumi telah meningkat.
Panel itu sebelum ini meletakkan kadar kebarangkalian gempa bumi besar pada sekitar 80 peratus pada Januari tahun ini.
"Situasinya masih kekal iaitu gempa bumi boleh berlaku pada bila-bila masa. Kami menggesa agar persiapan menghadapi bencana diteruskan," kata ketua panel itu, Naoshi Hirata, Profesor Emeritus di Universiti Tokyo.
Jurang Nankai ialah sebuah parit dasar laut yang terletak di sepanjang pantai Pasifik Jepun. Gempa bumi besar di sepanjang jurang ini dipercayai berlaku setiap 100 hingga 150 tahun. Gempa bumi Nankai pada 1946, dengan anggaran magnitud 8.0, adalah gempa terakhir yang disahkan berlaku di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#analisis data
#Jurang Nankai
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan