awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Bacaan IPU di Palangkaraya kini lebih 2,000

Bernama
Bernama
04/10/2015
05:30 MYT
Jerebu: Bacaan IPU di Palangkaraya kini lebih 2,000
Jerebu di Palangkaraya dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan keadaan jerebu menjadi tidak menentu
Penduduk di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini mungkin tiada mempunyai ruang untuk bernafas dengan lega kerana mereka berada dalam keadaan sangat berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu kini melebihi 2,000.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu meningkat secara mendadak dari bacaan IPU baik kepada 2,000 pada pukul 10 pagi tadi dan bacaan itu terus meningkat sehingga sekarang.
Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lepas.
Palangkaraya mengalami darurat jerebu sejak dua minggu lepas dan keadaan itu telah melumpuhkan semua aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah ditutup sejak Isnin lepas.
Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan keadaan jerebu menjadi tidak menentu walaupun usaha-usaha untuk memadam kebakaran hutan masih berterusan.
Sementara itu di Jambi, bacaan IPU masih ditahap berbahaya walaupun telah menurun dari 800 pada pagi tadi kepada 400 tengah hari ini.
Topic Berkaitan
#Indeks Pencemaran Udara
#jerebu
#kabut asap
#Palangkarya bacaan IPU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan