awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu di Albay, letusan Mayon jejas kehidupan penduduk setempat

Agensi
Agensi
26/01/2018
01:05 MYT
Jerebu di Albay, letusan Mayon jejas kehidupan penduduk setempat
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, gegaran, aliran piroklastik dan pelepasan sulfur dioksida dikesan berlaku di Gunung Mayon pada Rabu dan awal Khamis. REUTERS
Gunung berapi Mayon yang meletus sejak dua minggu lalu di Filipina, masih menunjukkan pergerakan dengan magma yang berada di bawah permukaan, kata para saintis.
Pihak berkuasa bimbang letusan itu mungkin akan menjejaskan pendidikan, kesihatan serta mata pencarian penduduk tempatan.
Setakat ini, lebih 74,000 orang terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara susulan aktiviti gunung itu yang terus meletupkan lava, abu dan gas serta batu panas.
Pejabat kerajaan dan sekolah ditutup di 17 bandar dan 66 penerbangan telah dibatalkan dalam masa beberapa hari lepas.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, gegaran, aliran piroklastik dan pelepasan sulfur dioksida dikesan pada Rabu dan awal Khamis.
Asap tebal terus memenuhi ruang udara setinggi 5 kilometer dan menyebabkan debu di ladang-ladang dan bandar-bandar yang berdekatan, selain jerebu yang memaksa penduduk kampung memakai topeng.
Sementara itu, lava meletus sehingga 500 meter lebih tinggi dan mengalir ke bawah cerun, dengan satu aliran lava sejauh 3 kilometer dari kawah.
Topic Berkaitan
#debu
#Filipina
#gunung berapi
#jerebu
#lava
#Mayon
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan