awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Malaysia tawar kerjasama tangani kebakaran hutan - Kementerian Luar Indonesia

Bernama
Bernama
06/10/2023
11:14 MYT
Jerebu: Malaysia tawar kerjasama tangani kebakaran hutan - Kementerian Luar Indonesia
Nik Nazmi pada Rabu mengutus surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Malaysia bersedia untuk bekerjasama menangani kebakaran hutan dan tanah yang sedang melanda di beberapa wilayah di Indonesia sekiranya diperlukan, menurut Kementerian Luar Indonesia.
Tawaran itu terkandung dalam surat rasmi yang dihantar Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad kepada rakan sejawatannya di Indonesia Siti Nurbaya Bakar.
Jurucakap kementerian, Lalu Muhamad Iqbal menjelaskan surat itu turut mengandungi maklumat berkaitan keadaan kualiti udara semasa di Malaysia.
"Benar... Kerajaan Malaysia sudah mengirim surat kepada Menteri Alam Sekitar," katanya dalam satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan media mengenai tindak balas kerajaan terhadap surat berkenaan.
Nik Nazmi pada Rabu mengutus surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.
Konsulat Malaysia di Pontianak telah menyumbang enam mesin pam air kepada pemerintah Wilayah Kalimantan Barat pada Ogos untuk pencegahan dan pengawalan kebakaran hutan dan tanah.
Sementara itu, Education Malaysia di Indonesia (EMI) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) giat memantau keadaan jerebu di Sumatera dan Kalimantan.
Setiap Cawangan PKPMI di Indonesia digesa memberikan maklumat kepada EMI dengan kadar segera sekiranya ada pelajar yang terkesan.
"Sehingga hari ini, pihak kami belum mendapat aduan atau laporan berkenaan pelajar yang terkesan akibat jerebu ini," kata Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Zulfadhli Hamzah.
Terdapat 543 pelajar Malaysia di Sumatera dan 50 penuntut di Banjarmasin, Kalimantan Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jerebu
#Malaysia
#Indonesia
#Malaysia tawar bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan