awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jet tempur buatan Korea Selatan-Indonesia mulakan ujian

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2022
02:40 MYT
Jet tempur buatan Korea Selatan-Indonesia mulakan ujian
Jet tempur KF-21 Boramae buatan Korea Selatan-Indonesia. - Foto Republic of Korea Air Force
SEOUL: Jet tempur KF-21 Boramae yang dihasilkan secara bersama oleh Korea Selatan dan Indonesia mula terbang buat pertama kali dari sebuah pangkalan tentera di Sacheon pada Selasa.
Reka bentuk jet tersebut adalah berdasarkan kepada pesawat tempur F-35 Joint Strike Fighter Lockheed Martin, Amerika Syarikat (AS).
Namun, ia tidak begitu sama dari segi keupayaan pesawat tempur F-35 tetapi tetap mempunyai beberapa statistik yang mengagumkan.
Pesawat prototaip KF-21 itu berlepas buat kali pertama pada jam 3,40 petang waktu tempatan pada Selasa dari sebuah pangkalan tentera udara berhampiran ibu pejabat pengeluarnya, Korea Aerospace Industries (KAI) di Sacheon, Wilayah Gyeongsang Selatan.
Menurut Defence News, jet itu terbang selama 30 minit dengan mencapai kelajuan 400 kilometer sejam ketika juruterbangnya, Mejar Junhyeon Ahn dari Unit Ujian dan Penilaian Tentera Udara Korea Selatan memeriksa fungsi asas pesawat berkenaan.
Gambar menunjukkan pesawat itu membawa replika empat buah peluru berpandu jarak jauh METEOR dari udara ke udara.
Ia sekali gus membayangkan bahawa jet berkenaan akan menjadi pesawat pertama di Asia yang menggunakan senjata canggih itu.
Jet itu juga dijangka membawa peluru berpandu udara (ALCM) Cheon Ryong baharu Korea Selatan. -Sinar Harian memetik laporan agensi
Topic Berkaitan
#jet tempur
#KF-21 Boramae
#F-35 Joint Strike Fighter Lockheed Martin
#buatan Korea Selatan-Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan