awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jho Low bantu China tangkap musuh untuk elak dipenjara?

Najib Aroff
Najib Aroff
22/08/2020
05:13 MYT
Jho Low bantu China tangkap musuh untuk elak dipenjara?
Wright berkata persoalannya kini sekiranya Wengui ditangkap, ia akan menjadi khabar gembira buat Jho Low yang kini bersembunyi di negara tembok besar itu. - Foto Astro AWANI
AHLI perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa menjadi dalang utama dalam plot penahanan bekas ketua pakar strategi Donald Trump, Steve Bannon.
Teori itu diketengahkan oleh penulis bersama buku Billion Dollar Whale, Tom Wright di laman Twitternya.
Menurut Wright, strategi Jho Low itu adalah bagj memastikan dirinya tidak ditangkap dan mendapat perlindungan dari kerajaan China.
“Penahanan Steve Bannon dikaitkan dengan usaha perancang penipuan utama, Jho Low yang tidak mahu ditangkap.
“Low bersembunyi di China dan dia perlu mengambil hati Beijing.
“Bagaimana dia lakukan? China mahukan pelarian Guo Wengui diekstradisi ke China dari Amerika Syarikat. Guo merupakan rakan perniagaan Bannon,” ujar Wright.
Steve Bannons arrest is linked to efforts by fraud mastermind Jho Low to stay out of jail. Low is hiding out in China and so he needs to curry favor with Beijing. How can he do that? Well, China wants fugitive Guo Wengui extradited from the US. Guo is Bannons business partner.
— Tom Wright (@TomWrightAsia) August 21, 2020
Tambah Wright, Jho Low didakwa meminta bantuan pengumpul dana RNC, Elliot Broidy untuk melobi Trump supaya menyiasat Wengui bagi pihak China.
Tambahnya usaha Jho Low itu diperincikan dalam kertas pendakwaan Hawaii yang tidak secara langsung menamakan kesemua individu.
/2 Low enlists help of RNC fundraiser Elliott Broidy to lobby Trump to investigate Guo Wengui on behalf of China. The details of Lows effort are detailed in a Hawaii criminal indictment. Heres a snapshot. (Guo is PRC National A; Low is Foreign National A; Broidy is Person B.) pic.twitter.com/NzOM69Uo4i
— Tom Wright (@TomWrightAsia) August 22, 2020
“Jho Low membayar berjuta dolar kepada Broidy untuk melobi Trump supaya mengekstradisi Guo Wengui.
“Namun ia (ekstradisi) tidak berlaku tetapi WSJ pada minggu ini melaporkan bahawa pihak berkuasa AS sedang menyiasat aktiviti pengumpulan dana bernilai AS$300 juta oleh syarikat yang dikaitkan dengan Guo dan Steve Bannon,” menurut siri Tweet itu.
Wright berkata persoalannya kini sekiranya Wengui ditangkap, ia akan menjadi khabar gembira buat Jho Low yang kini bersembunyi di negara tembok besar itu.
/4 And Steve Bannon, a major China hawk, was arrested this week on Guo Wenguis yacht. Question now is: What happens to Guo? If he gets arrested too, thats good for Jho Low, the Billion Dollar Whale, who is living under Chinas protection.
— Tom Wright (@TomWrightAsia) August 22, 2020
Bannon ditahan pihak berkuasa pada awal Ogos ketika berada di atas kapal layar mewah milik Wengui di Connecticut.
Wengui merupakan jutawan berprofil tinggi yang dikehendaki oleh China atas tuduhan rogol, culik, rasuah dan kesalahan lain.
Wengui lari dari China pada 2014 ketika Presiden Xi Jinping mengarahkan pembasmian rasuah besar besaran.
Meskipun tinggal di Amerika Syarikat namun Wengui lantang mengkritik pentadbiran China melalui media sosial.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Beijing
#China
#Donald Trump
#Elliot Broidy
#Guo Wengui
#Jho Low
#Steve Bannon
#Tom Wright
#USA
#Wall Street Journal
#WSJ
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan