SEJUMLAH AS$250,000 (RM1.046 juta) dilaporkan telah dibelanjakan untuk Leonardo DiCaprio, selain perbelanjaan hiburan mencecah sehingga AS$385,773 (RM1.616 juta) dan AS$5,000 (RM20,926) dihabiskan untuk model-model terkenal.
Itu adalah antara butiran perbelanjaan yang dibacakan oleh pihak pendakwaan dalam sesi perbicaraan membabitkan bekas Ketua Pelaburan Perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng.
Ng, 49, yang berdepan pertuduhan konspirasi berkaitan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah mendengar hujahan saksi pada Selasa yang menggambarkan bagaimana berjuta ringgit yang didakwa diseleweng dalam skandal 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB) telah digunakan untuk menjalani kehidupan mewah dan luar biasa.
Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York, mendengar pertuduhan berkenaan invois daripada majlis keraian dihoskan oleh ahli perniagaan dalam buruan Jho Low di Las Vegas, antara lain membabitkan makanan, minuman dan "model terkemuka", yang perbelanjaannya didakwa melebihi AS$3.6 juta (RM15.67 juta)
Perbelanjaan hiburan itu termasuk 65 botol minuman keras Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 (RM418,530) dan tip kepada pelayan bar sehingga AS$38,955 (RM163,038).
BACA: Saya tiada jawatan dalam 1MDB - Jho Low
BACA: Roger Ng akan pulang selepas 1 Jun 2021 untuk hadapi pertuduhan di Malaysia
Ng, satu-satunya bekas pekerja Goldman Sachs yang dibicarakan di AS atas skandal itu, didakwa bersubahat melanggar undang-undang antipengubahan wang haram AS yang membabitkan berbilion dolar daripada dana 1MDB.
Perbicaraan kes Ng di Mahkamah Persekutuan Brooklyn itu dijangka mengambil masa sehingga enam minggu.
Skandal itu dikatakan berpunca daripada bon kira-kira AS$6.5 bilion (RM27.2 bilion) yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
Pihak pendakwa raya juga melihat beberapa perbelanjaan besar telah dibuat kepada selebriti melibatkan kos sehingga:
• DiCaprio: AS$250,000
• Paris Hilton: AS$100,000
• Megan Fox: AS$250,000
• Kim Kardashian: AS$50,000
Pada asasnya, panel diberitahu, Low berpesta seperti "tiada hari esok".
Low, yang didakwa bersama Ng pada 2018, belum ditahan oleh pihak berkuasa AS atau Malaysia dan dia dilaporkan berada di Beijing, namun dinafikan oleh China.
Agensi
Wed Feb 16 2022

Low, yang didakwa bersama Ng pada 2018, belum ditahan oleh pihak berkuasa AS atau Malaysia dan dia dilaporkan berada di Beijing, namun dinafikan oleh China. - Gambar fail

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Michelle Yeoh terima pengiktirafan, terima anugerah khas di Cannes
Yeoh dianugerahkan dengan anugerah khas Kerings Women in Motion Award.

Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.

Kes 1MDB: Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian disiasat FBI
DiCaprio dedah berkenalan dengan Jho Low di kelab malam dan wang disalur didakwa daripada 'individu paling kaya' yang tidak dikenali di Abu Dhabi.

Jho Low berpesta seperti "tiada hari esok", berhabis lebih RM1 juta untuk DiCaprio, Paris Hilton - Laporan
Perbelanjaan hiburan itu termasuk 65 botol Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 dan tip kepada pelayan bar sehingga AS$38,955.

Pokok bunga 'rare' ditemui saintis, dinamakan sempena Leonardo DiCaprio!
Pokok Bunga 'Rare' Ditemui Saintis Dan Dinamakan Sempena Nama Leonardo DiCaprio!

Ada apa, Kim Kardashian boikot Facebook, Instagram?
Selebriti realiti televisyen, Kim Kardashian West mengumumkan untuk memboikot Instagram dan Facebook selama 24 jam.

Leonardo DiCaprio rayu dunia bertindak tangani isu kebakaran hutan Amazon
Tahun ini sahaja terdapat lebih 78,000 kes kebakaran hutan di Brazil, iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.

AS pindah wang 1MDB sebanyak AS$57 juta kepada Malaysia
Malaysia telah menerima pemindahan wang sebanyak AS$57 juta (RM236 juta) dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Leonardo DiCaprio beri keterangan siasatan 1MDB
Bagaimanapun, perincian prosiding tersebut tidak dapat disahkan susulan prosiding yang dijalankan secara rahsia.

Jho Low hadiahkan Kim Kardashian Ferrari bernilai RM1.3 juta
Kim Kardashian merupakan selebriti terbaru yang dikaitkan dengan ahli Jho Low.