awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joe Biden bakal namakan penasihat lama, Antony Blinken sebagai Setiausaha Negara AS

Agensi
Agensi
23/11/2020
12:51 MYT
Joe Biden bakal namakan penasihat lama, Antony Blinken sebagai Setiausaha Negara AS
Blinken merupakan antara individu yang dipercayai Biden. - Gambar fail/REUTERS
PRESIDEN dipilih Joe Biden merancang untuk menamakan penasihat lamanya, Antony Blinken sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dalam pentadbiran baharunya, lapor Bloomberg, pada Ahad.
Dalam pada itu, penasihat rapat Hillary Clinton, Jake Sullivan turut bakal memegang jawatan utama dalam Kabinet Biden, iaitu sebagai penasihat keselamatan negara.
Bagaimanapun Bliken dan Sullivan atau mana-mana ahli pasukan peralihan Biden belum memberi sebarang komen.
Blinken merupakan antara individu yang dipercayai Biden dan pernah menjadi timbalan penasihat keselamatan negara semasa Pentadbiran Presiden Barack Obama, di mana Biden merupakan Naib Presiden AS pada masa itu.
Proses pembentukan pasukan pentadbiran Biden bakal diumumkan pada Selasa, biarpun Presiden Donald Trump masih belum mengaku kalah dalam pilihan raya.
Calon Demokrat itu dijangka mengangkat sumpah rasmi sebagai Presiden AS yang ke-46 pada 20 Januari 2021.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Barack Obama
#Joe Biden
#pilihan raya
#AS
#calon
#Amerika Syarikat
#Jake Sullivan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan