SAN FRANCISCO: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden masih mempercayai rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping adalah seorang diktator, sekalipun kedua-dua pemimpin itu mencapai banyak kemajuan dalam pertemuan mereka di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023, di sini, pada Rabu.
“Nampaknya beliau adalah seorang diktator dalam erti kata bahawa beliau seorang pemimpin yang memerintah negara komunis yang berdasarkan sebuah corak pemerintahan yang sama sekali berbeza daripada kita," kata Biden kepada penyampai CNN, MJ Lee.
"Bagaimanapun, kita (AS dan China) telah mencapai banyak kemajuan."
Kenyataan sedemikian, lapor CNN, barangkali akan mengejutkan Beijing, yang pernah berang pada musim panas lalu apabila Biden membuat komen yang sama.
Pada Jun lalu, Biden membandingkan Presiden China itu dengan "diktator" semasa menjayakan kempen politiknya di California.
Biden mengecam Xi kerana terkejut setelah AS menembak jatuh belon pengintip China yang tersesat di luar kawasan Amerika.
"Sebab mengapa Xi sangat terkejut apabila saya menembak jatuh belon itu yang mengandungi dua gerabak penuh peralatan pengintip, kerana beliau tidak tahu belon itu wujud.
"Tidak, saya serius. Itulah yang menjadi perkara paling memalukan bagi diktator, apabila mereka tidak tahu apa yang berlaku," kata Biden dalam kempennya ketika itu.
Susulan perbandingan dibuat Biden pada Jun lalu menyebabkan Beijing memberikan maklum balas yang nyata sangat marah.
"Komen ini secara serius bertentangan dengan fakta asas, melanggar etika diplomatik dan menyentuh maruah politik China," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri.
Namun begitu, pandangan terbaharu yang dibuat Biden pada Rabu boleh mengancam dan menggugat maklum balas positif hasil daripada pertemuan kedua-dua pemimpin itu seperti yang disifatkan oleh Presiden AS dalam sidang media sebagai "beberapa perbincangan yang paling konstruktif dan produktif yang pernah kita capai."
Biden mempunyai hubungan rapat dengan Xi semasa kedua-dua mereka menjadi Naib Presiden dan masih kelihatan mempunyai hubungan peribadi yang mesra, walaupun hubungan AS-China telah merosot sejak itu.
Beliau bahkan turut mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri pemimpin China itu semasa perbincangan mereka, kata seorang pegawai kanan AS kepada CNN.
"Saya kenal lelaki itu, saya kenal cara kerjanya, saya memandang mata beliau - kita ada perbezaan pendapat. Beliau mempunyai pandangan yang berbeza daripada saya dalam banyak perkara, tetapi beliau berterus-terang. Saya tidak bermaksud baik, lebih baik, atau tidak penting, tetapi jujur," katanya.
Bagi pihak China pula, Xi menyeru AS untuk "tidak merancang untuk menindas atau mengekang China" semasa perbincangan panjang lebar pada Rabu, lapor media negara China.
"China tidak mempunyai rancangan untuk bertindak melampau atau menyingkirkan AS dan AS juga tidak sepatutnya merancang untuk menindas atau mengekang China," kata Xi, menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita China, Xinhua.
"Kedua-dua pihak harus memahami prinsip-prinsip dan garis-garis asas masing-masing, tidak membuat atau menghasut atau melanggar batas-batas, (sebaliknya) berkomunikasi lebih banyak, berdialog dan berbincang serta mengendalikan perbezaan dan pertembungan dengan tenang," kata Xi.
Kedua-dua pemimpin itu juga "menekankan keperluan untuk saling menghormati, hidup berdampingan secara aman, menjaga komunikasi dan mencegah konflik" dalam pertemuan itu, menurut Xinhua.
Pertemuan antara dua pemimpin dunia itu menjadi tumpuan memandangkan ini merupakan kali kedua dalam tempoh setahun Biden dan Xi mengadakan pertemuan empat mata.
Bahkan, ini merupakan kunjungan kali pertama Xi ke AS dalam tempoh enam tahun. - Agensi
Agensi
Thu Nov 16 2023
Presiden Joe Biden (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Xi Jinping pada pertemuan yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat pada Rabu. - Gambar REUTERS
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Joe Biden masih percaya Xi Jinping pemimpin ‘diktator’
Xi Jinping seorang pemimpin yang memerintah negara komunis berdasarkan sebuah pemerintahan yang sama sekali berbeza daripada AS.