awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi bakal rombak Kabinet, singkir menteri ekonomi

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2015
03:35 MYT
Jokowi bakal rombak Kabinet, singkir menteri ekonomi
Joko Widodo dilapor akan merombak Kabinetnya pada Rabu bagi menggantikan menteri yang kebanyakannya dalam pasukan ekonomi kurang setahun sejak memegang jawatan.
PRESIDEN Indonesia Joko Widodo dilapor akan merombak Kabinetnya pada Rabu bagi menggantikan menteri yang kebanyakannya dalam pasukan ekonomi kurang setahun sejak memegang jawatan.
Menurut laporan Reuters yang memetik kata dua pegawai istana, Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi, berdepan tekanan memuncak daripada parti serta orang awam di atas dakwaan kegagalannya mengurus ekonomi negara yang dilihat semakin merosot.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia berkembang pada 4.67 peratus pada suku kedua, kadar paling perlahan dalam tempoh enam tahun, lapor Reuters.
"Beberapa menteri telah dipanggil ke istana untuk membincangkan soal rombakan itu," kata seorang pegawai istana.
Beliau berkata, keputusan telah dibuat tentang menteri mana akan disingkirkan, namun enggan mengulas lanjut.
Ketua Menteri Ekonomi Sofyan Djalil dan Menteri Perdagangan Rahmat Gobel adalah antara menteri ekonomi yang bakal diganti, lapor media.
Topic Berkaitan
#disingkir
#Joko Widodo
#Jokowi
#Menteri Ekonomi
#rombakan kabinet
#Sofyan Djalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan