awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi tawar jadi perantara sampaikan mesej Zelenskyy kepada Putin

Bernama
Bernama
30/06/2022
04:50 MYT
Jokowi tawar jadi perantara sampaikan mesej Zelenskyy kepada Putin
Joko Widodo (kiri) mengadakan pertemuan dengan Volodymyr Zelensky di Kiev, Ukraine, 29 Jun 2022. - Foto AP
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menawarkan diri untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy kepada pemimpin Rusia dalam usaha untuk menjadi pengantara keamanan.
Joko Widodo yang berada dalam rangka kerja ke Ukraine, mengadakan pertemuan dengan Zelenskyy di Istana Maryinsky di Kiev pada Rabu, menurut kenyataan pejabat presiden Indonesia.
Presiden itu yang juga dikenali dengan panggilan mesra Jokowi, mengesahkan pendirian Indonesia dalam menghormati kedaulatan dan integriti wilayah, ketika bercakap pada sidang media bersama dengan Zelenskyy.
Jokowi berkata resolusi damai amat penting walaupun sukar dicapai, dan hasrat untuk mengecapi keamanan tidak boleh luntur.
"Saya menawarkan untuk menyampaikan mesej daripada Presiden Zelenskyy kepada Presiden (Vladimir) Putin, yang akan saya temui tidak lama lagi," menurut kenyataan itu.
Jokowi bersama wanita pertama Iriana Joko Widodo, termasuk Menteri Luar Retno Marsudi berkunjung ke Poland sejurus selepas pertemuan itu.
Presiden dan delegasi itu dijadualkan berlepas ke Moscow pada Khamis bagi meneruskan misi keamanannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Volodymyr Zelenskyy
#Vladimir Putin
#pengantara keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan