awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi ucap tahniah kepada Xi atas pelantikan semula sebagai Setiausaha Agung CPC

Bernama
Bernama
25/10/2022
07:44 MYT
Jokowi ucap tahniah kepada Xi atas pelantikan semula sebagai Setiausaha Agung CPC
Jokowi dan Xi dijadual menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama Indonesia dan Asia Tenggara bulan depan, selepas mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak G20 pada 15 hingga 16 Nov di Bali.- Gambar fail/
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengucapkan tahniah kepada Presiden China Xi Jinping selepas pelantikan semula sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis China (CPC) untuk penggal ketiga.
"Tahniah kepada Presiden Xi Jinping atas pemilihan semula sebagai Setiausaha Agung CPC.
"Berharap untuk bekerjasama dalam mengukuhkan lagi perkongsian Indonesia-China serta mempromosikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Indo-Pasifik dan seterusnya," tulis Joko Widodo, yang dikenali sebagai Jokowi di Twitternya. Jokowi turut memuat naik gambarnya bersama Xi.
CPC melantik Xi, 69, untuk penggal ketiga yang belum pernah berlaku sebelum ini sebagai pemimpin ekonomi kedua terbesar dunia pada kongres parti pada Ahad.
Jokowi dan Xi dijadual menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama Indonesia dan Asia Tenggara bulan depan, selepas mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak G20 pada 15 hingga 16 Nov di Bali.
HSR Jakarta-Bandung ialah usaha sama antara syarikat konsortium milik Indonesia dan China Railway International Co. Ltd.
Setakat 13 Okt, kira-kira 88.8 peratus projek itu telah siap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Xi Jinping
#Parti Komunis China
#CPC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan