awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa kereta api bertembung di South Carolina meningkat

Agensi
Agensi
04/02/2018
22:10 MYT
Jumlah mangsa kereta api bertembung di South Carolina meningkat
Bahagian depan kedua-kedua kereta api berkenaan remuk teruk dan beberapa gerabak terbalik. -Agensi
Jumlah mangsa yang cedera dalam kemalangan dua kereta api yang bertembung di South Carolina meningkat kepada 70 orang.
Bagaimanapun, menurut pihak berkuasa, angka korban setakat ini masih kekal dua orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.
BACA: Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera
Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api penumpang Amtrak dan kereta api kargo.
Menurut pihak berkuasa kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 2.45 minit pagi waktu tempatan pada Ahad.
Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan kedua-dua penumpang yang maut itu adalah penumpang kereta api penumpang ataupun kargo.
Kebanyakan mangsa yang cedera pula dilaporkan mengalami luka yang serius dan patah di beberapa bahagian badan.
Ketika kejadian, lapan kru sedang bertugas dalam kereta api penumpang berkenaan yang membawa 139 penumpang.
Visual yang dikeluarkan media tempatan menunjukkan keadaan kedua-dua kereta api tersebut remuk teruk di bahagian depan dan sebahagian gerabaknya terbalik.
Mereka yang cedera dikejarkan ke tiga hospital berdekatan.
Topic Berkaitan
#API
#bertembung
#cedera
#Hospital
#kemalangan
#kereta
#mangsa
#maut
#Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan