JUTAAN ‘pemudik’ di Indonesia pulang ke kota dari kampung halaman masing-masing selepas cuti perayaan selama seminggu sempena Aidilfitri berakhir pada Selasa.
Terdapat juga segelintir penduduk yang mengambil peluang untuk menghabiskan cuti panjang di destinasi pelancongan utama di sekitar Jakarta.
Menurut pengendali laluan bertol, PT Jasa Marga, kira-kira 222,000 kenderaan kembali ke ibu kota yang turut menyaksikan beberapa jalan utama sesak sejak Isnin lalu.
Hampir 60 peratus atau kira-kira 130,000 kenderaan melalui tol Kalihurip dan Cikampek yang merupakan laluan utama untuk pengguna menuju ke Jakarta dari kawasan timur ibu kota tersebut.
Jurucakap polis yang terlibat Operasi Ketupat 2023, Ahmad Mustofa Kamal berkata, mereka mengumpulkan data aliran trafik dari empat laluan bertol iaitu Cikampek Utama, Kalihurip Utama, Cikupa dan Ciawi sejak Ahad lalu.
Menurutnya, jumlah kenderaan yang meninggalkan Jakarta melalui empat laluan tol itu masih tinggi berbanding trafik masuk.
Sementara itu, angka kemalangan ketika musim perayaan mencatatkan penurunan sebanyak 39 peratus.
“Kita melihat trend yang positif berbanding data pada tahun lalu. Pada 2022, sebanyak 3,573 kes direkodkan, namun angka tersebut menurun kepada 2,117 kes tahun ini,” kata Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy.
Pada awal minggu lalu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi menyarankan pemudik terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor tidak penting supaya melanjutkan tempoh cuti sehingga Rabu sebagai usaha untuk mengurangkan kesesakan ketika waktu puncak aliran pulang ke ibu kota.
“Data diberikan Kementerian Pengangkutan menunjukkan kira-kira 203,000 kenderaan dijangka kembali ke Jakarta dari arah timur di sepanjang tol Trans Jawa dan dari arah Bandung,” ujarnya.
Difahamkan, kebanyakan sektor kerajaan dan swasta akan menyambung semula operasi pada Rabu.
Sebagai insentif, PT Jasa Marga turut mengumumkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk bayaran tol di sepanjang laluan Jakarta-Cikampek yang menghubungkan ibu kota ke kawasan kejiranannya di timur bermula Khamis lalu hingga Sabtu.
Secara keseluruhan, kira-kira 1.6 juta kenderaan dijangka kembali ke ibu kota pada musim mudik kali ini yang menunjukkan peningkatan sebanyak 67.5 peratus berbanding jumlah trafik pada hari biasa. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Thu Apr 27 2023
Hampir 60 peratus atau kira-kira 130,000 kenderaan melalui tol Kalihurip dan Cikampek yang merupakan laluan utama untuk pengguna menuju ke Jakarta dari kawasan timur ibu kota tersebut. - Gambar/ Reuters
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.