awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan universiti cedera terima bungkusan berisi bom

Agensi
Agensi
14/09/2022
04:13 MYT
Kakitangan universiti cedera terima bungkusan berisi bom
Berikutan insiden itu, pihak keselamatan Universiti Northeastern, Boston memaklumkan, sesi kuliah di enam buah kampus terpaksa dibatalkan. - Gambar AP
BOSTON: Seorang kakitangan Universiti Northeastern, Boston cedera selepas sebuah bungkusan yang diterima tiba-tiba meletup.
Memetik laporan Reuters, pihak berkuasa Boston memaklumkan, susulan insiden itu, mangsa dikejarkan ke hospital untuk dirawat dan siasatan terperinci sedang giat dijalankan.
“Kami menemui bungkusan kedua dan pasukan keselamatan bom berjaya mengendalikannya dengan selamat,” kata Superintendan Balai Polis Boston, Felipe Colon dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Boston tidak mendedahkan laporan penuh mengenai penghantaran bungkusan berisi bom buatan tangan itu.
Sementara itu, pihak keselamatan universiti memaklumkan sesi kuliah di enam buah kampus terpaksa dibatalkan.
Sebelum ini, pada 2013, satu insiden letupan bom buatan tangan berlaku di Boston menyebabkan tiga orang terbunuh sementara 260 orang lagi cedera dalam acara maraton.
Topic Berkaitan
#Boston
#bom buatan tangan
#meletup
#Universiti Northeastern
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan