awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami yakin dengan usaha damai ini - Pengerusi MILF

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/08/2016
12:56 MYT
Kami yakin dengan usaha damai ini - Pengerusi MILF
Fasilitator Proses Perdamaian antara Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF), Tengku Datuk Ab Gaffar Tengku Mohamed (dua, kanan) pada majlis Pelancaran Fasa Pelaksanaan Perjanjian Damai Mindanao hari ini. - Foto Bernama
Perkembangan positif dalam rundingan damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dapat mengelakkan penyebaran fahaman Daish.
Pengerusi MILF, Murad Ebrahim berkata, biarpun ada percubaan Daish untuk bertapak di Mindanao dan kawasan kepulauan sekitar, perkembangan rundingan yang dibantu Malaysia melemahkan usaha terbabit.
""Kita yakin, usaha ini (rundingan damai) yang semakin positif akan menggagalkan usaha Daish untuk bertapak di Mindanao," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Fasa Pelaksanaan Perjanjian Damai Mindanao di sini hari ini.
Sementara itu, Penasihat Presiden Filipina dalam proses damai itu, Jesus Dureza memberitahu pihaknya mencari jalan terbaik untuk memastikan rundingan damai ini berjalan lancar.
"Kita berusaha untuk mempercepatkan penubuhan Unit Kerajaan Bangsamoro sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman. Jadi, kita sedang melihat dengan teliti mekanisme bersesuaian untuk pelaksanaannya," kata beliau.
Malaysia menjadi pihak tengah dalam memastikan rundingan damai ini tercapai.
Fasilitator Proses Damai Antara Kerajaan Filipina dan MILF, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed berkata Kuala Lumpur akan terus memainkan peranannya apabila perlu tanpa mencampuri urusan dalaman Filipina.
Topic Berkaitan
#Barisan Pembebasan Islam Moro
#daish
#Jesus Dureza
#Moro
#Murad Ebrahim
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan