SERAMAI 73 rakyat Palestin, termasuk 41 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal apabila Rejim Zionis memusnahkan bangunan perkampungan mereka di Tebing Barat, dalam kejadian terbaharu.
Menurut kenyataan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yvonne Helle, Israel telah menceroboh perkampungan suku Badwi yang terletak berdekatan sempadan Jordan.
Mereka merobohkan lebih 76 bangunan termasuk rumah, khemah, tempat perlindungan haiwan ternakan, tandas dan panel solar.
Katanya, perobohan perkampungan Humsa Al Bqai’a pada Selasa itu yang terburuk dekad ini, menyebabkan pemindahan paksa terbesar sejak empat tahun.
“Hak komuniti Palestin dicabuli apabila bangunan-bangunan asas kehidupan dirobohkan, lebih-lebih lagi apabila musim sejuk hampir tiba dan pandemik COVID-19 masih berleluasa,” kata Helle dalam kenyataan yang dimuat naik di laman web The United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA).
Dalam pada itu, agensi militan Israel yang berkomunikasi dengan Palestin, COGAT mendakwa tindakan merobohkan itu dilakukan terhadap struktur yang didakwa sebagai penempatan haram.
Israel sering menggunakan alasan ketiadaan permit pembinaan di penempatan Palestin sekitar Tebing Barat bagi menjustifikasi tindakan mereka merobohkan struktur dan memindahkan rakyat Palestin daripada tanah itu.
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menerusi Twitter peribadinya berkata Israel telah mengambil kesempatan waktu perhatian satu dunia bertumpu pada Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) untuk melakukan perobohan itu.
Pagi Khamis, penduduk Palestin yang terlibat telah berpindah kembali ke kawasan itu menggunakan khemah yang didermakan oleh kumpulan organisasi bantuan Palestin, menurut Reuters.
Astro Awani
Thu Nov 05 2020

Seorang wanita Palestin kelihatan di tengah kemusnahan di Khirbet Humsah, Lembah Jordan di Tebing Barat yang dikuasai Israel, 5 Nov, 2020. REUTERS

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

AWANI Ringkas: PKP penuh? Tunggu pengumuman | 11 kematian dua hari berturut-turut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tidak cukup dalami ilmu agama punca rasuah berleluasa - Hussamuddin
Ramai orang Islam tidak memahami konteks ajaran agama Islam sehingga sanggup melibatkan diri dengan gejala rasuah.

Malaysia tetap perjuang hak Palestin walaupun Arab Saudi bekerjasama dengan Israel - Dr Rahmat
Polisi Malaysia dengan luar negara ialah berbaik-baik dengan negara-negara di dunia ini.

Turki ingin hubungan yang lebih baik dengan Israel
Pada masa sama Erdogan turut bertegas tidak akan menerima dasar Israel ke atas Palestin, yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Tehran berjanji balas dendam terhadap kematian saintisnya Fakhrizadeh
Presiden Iran, Hassan Rouhani berjanji untuk membalas dendam atas pembunuhan seorang saintis program nuklearnya selain turut menyalahkan Israel atas kejadian itu.

Tindakan AS tingkatkan keupayaan tentera di Timur Tengah cetus tanda tanya
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan telah menggerakkan kapal pengangkut perang USS Nimitz kembali ke Timur Tengah pada Jumaat.

Israel lancar serangan udara ke atas Semenanjung Gaza
Ketegangan di Semenanjung Gaza berterusan selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah dikuasai Hamas pada awal pagi Ahad.

Kampung penduduk Palestin di Tebing Barat dimusnah rejim Zionis
Israel merobohkan lebih 76 bangunan termasuk rumah, khemah, tempat perlindungan haiwan ternakan, tandas dan panel solar.

Hari kemarahan buat Palestin
Pegawai Hamas, Ismail Radwan berkata hari tersebut merupakan hari yang memalukan dan hina buat pemimpin Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Palestin kecam tindakan Serbia mahu pindah kedutaan
Palestin menjadi mangsa cita-cita pilihan raya presiden di mana pasukan Trump akan mengambil sebarang usaha dan tindakan untuk menang.

Maghribi tolak sebarang normalisasi dengan Israel
Pihaknya menolak normalisasi dengan zionis kerana mendorong untuk rejin itu pergi lebih jauh dalam melanggar hak rakyat Palestin.

Keputusan kerajaan UAE yang amat memalukan
Beberapa tokoh kebudayaan Arab dan Palestin juga telah mengambil keputusan untuk memboikot majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerajaan UAE pada masa-masa akan datang.