awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada ancam kenakan tarif terhadap keluli, aluminium Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
20/06/2025
02:30 MYT
Kanada ancam kenakan tarif terhadap keluli, aluminium Amerika Syarikat
Carney berkata, kerajaan Persekutuan akan melaksanakan sistem kuota kadar tarif yang membenarkan sejumlah import keluli dari negara yang mempunyai perjanjian perdagangan dengan Kanada. - Gambar fail AP
TRENTON (Kanada): Kanada akan mengenakan kuota dan cadangan kenaikan cukai terhadap import keluli dan aluminium dari Amerika Syarikat sekiranya rundingan perdagangan antara kedua-dua negara gagal dimuktamadkan menjelang 21 Julai, umum Perdana Menteri Mark Carney pada Khamis.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, Carney berkata, kerajaan Persekutuan akan melaksanakan satu program baharu termasuk sistem kuota kadar tarif.
Sistem itu membenarkan sejumlah import keluli dari negara yang mempunyai perjanjian perdagangan dengan Kanada, namun sebarang import yang melebihi had ditetapkan akan dikenakan tarif tinggi.
Langkah itu bertujuan menjadikan produk keluli keluaran tempatan lebih kompetitif, terutamanya dalam menghadapi tekanan akibat tarif 50 peratus yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini.
"Kita mesti memperkukuh kekuatan domestik dan melindungi para pekerja serta perniagaan Kanada daripada tarif tidak adil yang dikenakan Amerika Syarikat ketika ini," kata Carney dalam sidang media di Bukit Parlimen, Ottawa.
Beliau berkata, kadar tarif timbal balik terhadap keluli dan aluminium dari Amerika Syarikat masih bersifat dinamik - boleh dinaikkan atau diturunkan bergantung kepada kemajuan rundingan perdagangan antara kedua-dua negara.
Carney dan Trump sebelum ini bersetuju semasa Sidang Kemuncak G7 minggu ini untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan dalam tempoh 30 hari.
Sementara itu, Rang Undang-Undang baharu C-5, jika diluluskan, akan memberikan kerajaan Kanada kuasa mempercepatkan projek-projek pembinaan berskala besar yang memerlukan penggunaan keluli dan aluminium dalam kuantiti tinggi.
"Kita sebagai rakyat Kanada mampu memberi lebih banyak kepada diri sendiri berbanding apa yang boleh diambil oleh Amerika.
"Para pekerja industri keluli dan aluminium kini berada di barisan hadapan dalam perang perdagangan ini, dan mereka akan membantu membina ekonomi Kanada yang kukuh -- ekonomi terkuat dalam kalangan negara G7," tegas Carney.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#kenaikan cukai
#keluli dan aluminium AS
#PM Mark Carney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan