awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS

Bernama
Bernama
14/03/2025
01:50 MYT
Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengesahkan bahawa Kanada telah mengemukakan aduan berhubung langkah tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
ISTANBUL: Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengesahkan bahawa Kanada telah mengemukakan aduan berhubung langkah tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kanada telah meminta rundingan penyelesaian pertikaian dengan Amerika Syarikat berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu dari Kanada," menurut kenyataan WTO.
Kanada mendakwa langkah itu, yang menamatkan pengecualian Kanada daripada duti tambahan ke atas keluli dan aluminium tertentu serta meningkatkan kadar duti terhadap produk aluminium tertentu yang berkuat kuasa pada 12 Mac, bercanggah dengan kewajipan AS di bawah Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) 1994, menurut WTO.
Pada 10 Feb lalu, Trump mengumumkan pelaksanaan tarif ke atas import keluli dan aluminium secara global, langkah yang didakwa demi melindungi industri dan pengeluar domestik AS.
Rabu lalu, tarif 25 peratus yang dirancang Trump ke atas import keluli dan aluminium mula dikuat kuasa.
Sebelum ini, Kanada mengemukakan aduan lain kepada WTO pada 5 Mac sehari selepas tarif AS ke atas barangan Kanada dikuatkuasakan pada 4 Mac.
Selepas rundingan antara kedua-dua negara, Trump kemudiannya menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas beberapa produk selama sebulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#tarif
#Amerika Syarikat
#WTO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan