awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, dipacu data positif IPP Disember
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada keluarkan 41 diplomat dari India

Bernama
Bernama
20/10/2023
09:20 MYT
Kanada keluarkan 41 diplomat dari India
Kanada telah mengeluarkan 41 diplomatnya dari India selepas New Delhi mengancam untuk melucutkan imuniti diplomatik mereka.
TRENTON: Kanada telah mengeluarkan 41 diplomatnya dari India selepas New Delhi mengancam untuk melucutkan imuniti diplomatik mereka, umum Menteri Luar Melanie Joly pada Khamis.
Joly berkata tindakan melucutkan kekebalan diplomatik mereka pada tarikh akhir yang dinyatakan India pada Jumaat (20 Okt) akan menjejaskan keselamatan diplomat Kanada, lapor Agensi Anadolu.
"Ini bermakna diplomat-diplomat kami dan keluarga mereka telah meninggalkan India," katanya pada sidang media bersama Menteri Imigresen Kanada Marc Miller.
Imuniti diplomatik melindungi diplomat yang berkhidmat di negara lain daripada ditahan dan dijamin di bawah undang-undang antarabangsa.
Bagaimanapun, Joly berkata Kanada tidak akan bertindak balas dan diplomat India tidak akan diusir selain akan terus menikmati imuniti.
Dalam pada itu, Miller berkata, Kanada kini hanya mempunyai 21 diplomat yang akan mengendalikan perkhidmatan konsular di India.
Tambahnya, langkah itu akan memberi kesan negatif kepada perkhidmatan yang disediakan kedutaan Kanada di India.
Hubungan antara kedua-dua negara merosot pada 18 Sept selepas Perdana Menteri Justin Trudeau secara terbuka menuduh India terlibat dalam pembunuhan warga Kanada Sikh Hardeep Singh Nijjar.
Beliau ditembak oleh dua penyerang bertopeng di tempat letak kereta sebuah kuil Sikh di Surrey, British Columbia pada 19 Jun. Tidak ada tangkapan dibuat.
Trudeau meminta India untuk bekerjasama dalam penyiasatan pembunuhan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#diplomat
#India
#imuniti diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan