Skip to main content

Dunia

Kanada sahkan tarif balas terhadap import AS berkuat kuasa Selasa

ADOBE STOCK
Langkah itu menyusul selepas rundingan perdagangan antara Washington dan Ottawa menemui jalan buntu. - Gambar hiasan
Advertisement

WASHINGTON: Kanada mengesahkan bahawa tarif balas terhadap import dari Amerika Syarikat (AS) akan berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam (0401 GMT) Selasa ketika pertikaian perdagangan antara kedua-dua negara semakin memuncak, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Kementerian Kewangan Kanada mengesahkan langkah itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan dpa.

Tarif sehingga 50 peratus akan dikenakan ke atas import dari AS bernilai 27.6 bilion dolar Kanada (AS$20 bilion), termasuk produk keluli dan aluminium, perkakas rumah, peralatan pertanian, produk pulpa dan kertas serta barangan elektronik.

Langkah itu menyusul selepas rundingan perdagangan antara Washington dan Ottawa menemui jalan buntu.

Pada Ogos, AS mengenakan tarif sehingga 50 peratus ke atas barangan Kanada bernilai kira-kira AS$20 bilion termasuk kayu hoki ais, perabot, madu dan wain, sekali gus mendorong Kanada mengumumkan langkah tindak balas.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement