OTTAWA: Kanada mengumumkan pada Selasa tarif timbal balik masing-masing sebanyak 15 peratus, 25 peratus dan 50 peratus ke atas barangan Amerika Syarikat (AS) susulan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak dengan negara jirannya itu, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan kerajaan, tarif timbal balik itu menyasarkan lebih 700 jenis barangan AS bernilai keseluruhan kira-kira AS$20 bilion. Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 8 September.
Langkah itu sebagai tindak balas terhadap tarif 50 peratus yang dikenakan AS ke atas barangan Kanada bernilai AS$20 bilion dan mula berkuat kuasa pada hujung minggu lepas.
Terdahulu, Perdana Menteri Kanada Mark Carney berkata Ottawa akan mengambil tindakan balas “dolar demi dolar” menerusi tarif yang akan bermula pada 8 September.
-- BERNAMA-XINHUA