Skip to main content

Dunia

Hurikan Isaias badai Florida

Taufan pertama musim Atlantik 2026 itu membawa angin kencang maksimum 169 kilometer sejam setakat Jumaat malam, menurut pakar ramalan cuaca. - Gambar Reuters
Taufan pertama musim Atlantik 2026 itu membawa angin kencang maksimum 169 kilometer sejam setakat Jumaat malam, menurut pakar ramalan cuaca. - Gambar Reuters

Advertisement

NEW YORK: Hurikan Isaias membadai kawasan berhampiran Destin di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) sebagai ribut Kategori 2 yang berbahaya, menurut Pusat Hurikan  Kebangsaan AS dalam buletin terbaharunya pada Jumaat, lapor Xinhua.

"Peningkatan paras air laut yang mengancam nyawa menjejaskan Pesisir Pantai Teluk manakala keadaan taufan berbahaya dan banjir kilat meluas ke kawasan pedalaman," menurut agensi itu.

Taufan pertama musim Atlantik 2026 itu membawa angin kencang maksimum 169 kilometer sejam setakat Jumaat malam, menurut pakar ramalan cuaca. Ia dijangka membawa hujan lebat, angin kencang dan peningkatan paras air laut ke kawasan luas di bahagian Tenggara.

Awal hari itu, Isaias bertukar kuat secara singkat kepada ribut Kategori 3, yang dikategorikan sebagai hurikan besar, sebelum kembali lemah sedikit.

"Ribut telah tiba. Tabahkan diri dan kekal di tempat selamat pada ketika ini. Jangan berada di jalan raya," kata Gabenor Florida Ron DeSantis dalam satu sidang media sambil memberi amaran bahawa banjir kilat akan menjadi bahaya "di seluruh wilayah."

Puluhan ribu penduduk telah dipindahkan dari wilayah berkenaan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Lebih 471,000 pengguna sudah terputus bekalan elektrik di seluruh Florida dan Alabama, menurut laman pemantau utiliti PowerOutage.us.

Pakar ramalan cuaca memaklumkan bahawa Isaias dijangka semakin lemah selepas melanda daratan dan berkemungkinan besar menjadi ribut pasca-tropika pada Sabtu.

--BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement