Skip to main content

Dunia

Pasukan bola sepak wanita Iran pulang melalui Istanbul susulan penutupan ruang udara

Salah seorang pemain pasukan bola sepak wanita Iran ketika bersolat di KLIA sebelum meneruskan perjalanan ke Iran. - Foto AP
Salah seorang pemain pasukan bola sepak wanita Iran ketika bersolat di KLIA sebelum meneruskan perjalanan ke Iran. - Foto AP
Advertisement

ISTANBUL: Delegasi pasukan bola sepak wanita kebangsaan Iran yang menyertai Piala Asia 2026 di Australia tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada Selasa dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Susulan penutupan ruang udara Iran selepas serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada 28 Feb, pasukan itu melakukan perjalanan dari Australia ke Malaysia dan kemudian ke Oman sebelum tiba di Turkiye, menurut Anadolu Ajansi.

Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, delegasi berkenaan menyelesaikan urusan pasport di bawah kawalan pihak polis.

Advertisement

Kumpulan itu, yang dilaporkan turut melibatkan beberapa pemain yang pada awalnya memohon suaka di Australia tetapi kemudian menarik balik permohonan mereka, meninggalkan lapangan terbang melalui jalan darat untuk meneruskan perjalanan pulang ke Iran.

-- BERNAMA-ANADOLU

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement